Skip to main content

Singapura

SingHealth tawar pengkhususan jagaan pemindahan organ kepada jururawat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Jul 2023 01:23PM Dikemas Kini : 31 Jul 2023 09:58PM
SINGAPURA: Kumpulan jagaan kesihatan awam terbesar Singapura akan menawarkan jururawatnya pengkhususan dalam bidang jagaan pemindahan organ.

Ia akan ditawarkan dalam program Sarjana oleh SingHealth dengan Institut Teknologi Singapura.

Ia akan menjadi yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara apabila ia bermula pada September 2024.

Kursus itu akan memberi tumpuan kepada bagaimana penjagaan kejururawatan boleh meningkatkan kesihatan untuk kedua-dua penderma dan penerima pemindahan organ sepanjang hayat mereka.

Ia akan merangkumi topik-topik seperti pemakanan, senaman dan juga pertimbangan undang-undang dan etika.

Program itu diumumkan semasa sambutan Hari Jururawat SingHealth pada Isnin (31 Jul).

Kumpulan jagaan kesihatan itu berkata program baru itu mencerminkan komitmennya untuk menawarkan peluang kepada jururawat untuk pembangunan profesional.

Sementara itu kadar jururawat di Singapura yang berhenti kerja telah melonjak daripada lapan kepada 20 peratus sejak pandemik COVID-19.

Anggaran itu berdasarkan pengurangan keahlian dalam kesatuan yang mewakili pekerja jagaan kesihatan di sini.

Untuk mengurangkan masalah tenaga kerja, hospital menarik pekerja pertengahan kerjaya untuk beralih ke sektor jagaan kesihatan.

Seramai 1,840 orang telah menjalani program pertukaran kerjaya untuk kejururawatan.

Mereka menjalani latihan selama dua tahun sebelum ditempatkan di institusi jagaan kesihatan.

Bonus permulaan kerja sebanyak 15,000 dolar untuk graduan kejururawatan tempatan juga telah dilancarkan oleh pemerintah untuk membawa masuk jururawat baru.
Walaupun pihak kesatuan yang mewakili pekerja jagaan kesihatan mengalu-alukan habuan itu,
ia berkata bakal jururawat tidak terpikat dengan soal gaji sahaja.

Presiden Kesatuan Pekerja Khidmat Jagaan Kesihatan, K Thanaletchimi berkata apa yang dipertimbangkan juga adalah waktu kerja dan corak syif mereka, dan sama ada terdapat kelonggaran di tempat kerja selain soal gaji.
Sumber : CNA/MM/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita