Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingHealth, SGInnovate ganding bahu pacu inovasi sains kesihatan

Singapura sedang memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) dan inovasi teknologi untuk meningkatkan jagaan kesihatan dan hasil klinikal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Nov 2021 07:55PM Dikemas Kini : 09 Nov 2021 11:46PM

SINGAPURA: Singapura sedang memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) dan inovasi teknologi untuk meningkatkan jagaan kesihatan dan hasil klinikal.

Dalam satu kerjasama baru, SingHealth dan SGInnovate akan menyokong syarikat-syarikat pemula dalam sektor kesihatan serta sains bioperubatan.

Di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai, peluang-peluang akan dibuka kepada para pengamal perubatan dan usahawan teknologi untuk membangunkan bersama huraian-huraian klinikal. Ini termasuk ubat-ubatan yang disesuaikan menurut keperluan peribadi.

Kerjasama itu juga akan mengenal pasti inisiatif AI dalam kesihatan bagi gabungan strategik. Peluang-peluang latihan dan program pertukaran pula boleh dimanfaatkan bakat.

Bengkel-bengkel dan sesi jaringan juga akan mendorong pertukaran pengetahuan.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan