Skip to main content

Singapura

SingHealth kumpul lebih S$1.4 juta untuk Cabaran Presiden 2025

Anggaran Waktu Membaca:
SingHealth kumpul lebih S$1.4 juta untuk Cabaran Presiden 2025

Satu acara sempena Cabaran Presiden 2025 diadakan di Hospital Besar Changi. (Gambar fail: CGH/Facebook)

SINGAPURA: Kumpulan jagaan kesihatan awam terbesar Singapura, SingHealth, berjaya mengumpul S$1.41 juta bagi Cabaran Presiden tahun ini - jumlah tertinggi pernah diraih sejak ia mula menyokong inisiatif tersebut pada tahun 2004.

Jumlah kutipan itu diumumkan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Kempen SingHealth tahun ini diketuai oleh Hospital Besar Changi (CGH) sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-90. Antara aktiviti pengumpulan dana yang dijalankan termasuk kempen derma melalui kad ikrar dan bazar amal.

Secara keseluruhan, lebih 38,000 kakitangan daripada 13 institusi di bawah SingHealth mengambil bahagian dalam inisiatif itu.

Kempen nasional tersebut menyokong golongan yang memerlukan melalui usaha pengumpulan dana dan kerja sukarelawan.

Hasil kutipan dana akan disalurkan kepada program kendalian empat pertubuhan terpilih di bawah Cabaran Presiden, iaitu Abilities Beyond Limitations and Expectations (ABLE), Centre for Seniors, Filos Community Services, dan St. Andrew’s Autism Centre.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita