SingHealth kumpul lebih $1.1 juta bagi masyarakat jagaan kesihatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih $1.1 juta berjaya dikumpulkan menerusi Cabaran Presiden SingHealth dan sumbangan tersebut akan diagihkan kepada lima pertubuhan kesihatan dan jagaan masyarakat.
Acara itu adalah sebahagian daripada Cabaran Presiden 2022.
Cek dari SingHealth itu diserahkan kepada Presiden Halimah Yacob hari ini (22 Okt).
Kempen mengumpul dana itu menyaksikan lebih 33,000 kakitangan SingHealth menyokong satu siri kegiatan.
Dua kegiatan utama termasuk satu peraduan kuiz online dan acara Berbasikal & Balapan SingHealth.
Antara penerima agihan sumbangan derma itu nanti termasuklah St Luke's ElderCare dan Majlis Hospis Singapura.
Pengarah Eksekutif Majlis Hospis Singapura, Sim Bee Hia berkata: "Dana yang dikumpulkan ini sebenarnya membantu kami meningkatkan usaha pendidikan awam dan pendampingan masyarakat di lapangan.
"Sedang penduduk Singapura menua, penting bagi kami melakukan tugas dan mendapatkan lebih ramai orang dibimbing dalam jagaan paliatif.
"Dana itu akan membantu usaha kami membangunkan rangkaian bantuan masyarakat, program duta kami, latihan bagi para pekerja jagaan kesihatan dan pendidikan awam secara amnya."

Sumber : CNA/RU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.