Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingHealth cipta alat bantuan pernafasan lebih murah, dapat dihasilkan dengan cepat

Sekumpulan doktor dan jurutera rakyat tempatan mencipta alat bantuan pernafasan untuk para pesakit termasuk pesakit COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jul 2020 08:44PM Dikemas Kini : 24 Jul 2020 09:04PM

SINGAPURA: Sekumpulan doktor dan jurutera rakyat tempatan mencipta alat bantuan pernafasan untuk para pesakit termasuk pesakit COVID-19.

Harga ventilator SG-Inspire itu lima kali lebih murah berbanding alat bantuan pernafasan konvensional dan boleh dihasilkan dengan cepat dalam masa sekitar sebulan.

Mesin pernafasan SG-Inspire menggunakan udara sekitaran dan bukan gas perubatan tekanan tinggi yang mungkin mengalami kekurangan bekalan semasa berlaku pandemik seperti COVID-19.

Ia juga boleh dikendalikan dari jarak jauh, sekali gus mengurangkan risiko berlaku jangkitan terhadap para doktor dan jururawat.

Mereka juga boleh memantau dan mengawal beberapa ventilator pada satu masa. 

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan