Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura utus takziah kepada Filipina atas korban jiwa, kemusnahan akibat ribut Megi

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan pada Isnin (18 Apr) menyampaikan ucapan takziah kepada rakan sejawatannya di Filipina atas korban jiwa dan kemusnahan akibat ribut tropika Megi.

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura utus takziah kepada Filipina atas korban jiwa, kemusnahan akibat ribut Megi

Gambar menunjukkan rumah-rumah musnah di perkampungan Pilar, bandar Abuyog, wilayah Leyte, pada 14 Apr 2022 iaitu sehari selepas tanah runtuh melanda kawasan itu dek hujan lebat. (Gambar: AFP)

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan pada Isnin (18 Apr) menyampaikan ucapan takziah kepada rakan sejawatannya di Filipina atas korban jiwa dan kemusnahan akibat ribut tropika Megi.

Megi merupakan taufan pertama tahun ini yang melanda Filipina, menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir, meragut nyawa sekurang-kurangnya 123 orang.

Dalam suratnya kepada Setiausaha Luar Filipina Teodoro L Locsin Jr, Dr Balakrishnan berkata: "Saya ingin menyampaikan ucapan takziah yang mendalam atas kehilangan nyawa dan kemusnahan akibat Ribut Tropika Megi, terutamanya di Visayas Timur di mana kejadian tanah runtuh telah memusnahkan seluruh kampung.

"Doa dan ingatan kami bersama rakyat Filipina ketika kerja-kerja bantuan diteruskan bagi penduduk yang terjejas dan kehilangan tempat tinggal."

Dr Balakrishnan juga berkata Singapura bersedia untuk membantu Filipina "semasa tempoh sukar ini".

Ribut Tropika Megi membadai Filipina Ahad lalu, dengan angin sekencang 65kmj dan tiupan sehingga 80kmj. Data pemerintah menunjukkan lebih 162,000 penduduk mendapat perlindungan di pusat pemindahan sementara.

Pada Disember lalu, taufan Rai kategori 5 melanda Filipina tengah, dengan angka kematian mencecah 405 orang dan hampir 1,400 cedera. Taufan Haiyan, salah satu taufan tropika paling kuat pernah dicatatkan, membunuh 6,300 orang pada 2013.

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan