Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura tetapkan garis panduan tawaran bon hijau pertama pemerintah

Bon yang dikeluarkan itu akan digunakan untuk membiayai projek prasarana negara yang penting dan memenuhi ukur tara mesra alam di bawah Rangka Kerja Bon Hijau Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jun 2022 12:17PM Dikemas Kini : 09 Jun 2022 09:04PM
SINGAPURA: Singapura menetapkan garis panduan bagi tawaran bon hijau pertama pemerintah dalam usaha negara ini beralih ke ekonomi rendah karbon.

Garis panduan itu diumumkan pada Khamis (9 Jun) dengan penerbitan Rangka Kerja Bon Hijau Pemerintah, sekali gus merintis jalan bagi tawaran bon hijau pertama negara ini dalam bulan-bulan akan datang.

Rangka kerja itu menetapkan garis panduan bagi tawaran bon hijau pemerintah di bawah Akta Pinjaman Pemerintah bagi Prasarana Penting (SINGA) 2021.

Syarat-syarat kelayakan itu dibentangkan Menteri Kedua Kewangan, Indranee Rajah, pagi tadi, termasuk butiran saringan teknikal.

Menurutnya, tadbir urus dan pengawasan yang ketat ditetapkan berhubung cara projek dipilih dan bagaimana hasilnya digunakan.

Pelaburan dalam projek hijau yang layak juga perlu memajukan matlamat pembangunan mampan.

Projek-projek sedemikian dijangka menyediakan manfaat sekitaran jangka panjang bagi generasi sekarang dan masa depan.

"Peluasan rangkaian kereta api akan meningkatkan ketersambungan dan menggalak lebih ramai penumpang mengambil
pengangkutan awam. Bersama-sama dengan kegiatan berjalan kaki dan berbasikal, adalah cara bergerak yang paling mesra alam. Ini adalah kunci utama yang akan membantu kami mencapai matlamat bercita-cita tinggi untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada pengangkutan darat sebanyak 80 peratus menjelang atau sekitar pertengahan abad, daripada kemuncaknya pada 2016"m kata Cik Indranee.

Kebanyakan dana tersebut boleh digunakan untuk membiayai projek dalam tenaga boleh diperbaharui, pemuliharaan, kecekapan penggunaan tenaga dan usaha penyesuaian disebabkan perubahan iklim.

Singapura sebelum ini mengumumkan akan menawarkan bon hijau bernilai S$35 bilion menjelang 2030.

"Rangka Kerja ini sejajar dengan prinsip, piawaian dan amalan terbaik pasaran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ini memastikan Rangka Kerja itu akan menjadi penanda aras bagi pasaran bon hijau korporat. Sustainalytics, pembekal urusan pihak kedua (SPO) kami, telah menilai Rangka Kerja kami sebagai boleh dipercayai, berkesan dan sejajar dengan Prinsip Bon Hijau ICMA dan Piawaian Bon Hijau ASEAN", ujarnya.
Sumber : CNA/SU/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan