Skip to main content

Singapura

Singapura teliti cara tingkatkan amalan aturan kerja fleksibel, kata Menteri MOM Tan See Leng

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Apr 2022 09:22PM Dikemas Kini : 27 Apr 2022 11:53PM

SINGAPURA: Prospek pekerjaan di Singapura pada tahun ini kelihatan lebih meyakinkan, sedang sempadan dibuka dan langkah-langkah pengurusan selamat dilonggarkan.

Namun peniaga dan pekerja perlu mencari cara baru dan menyusun semula cara mereka bekerja.

Demikian menurut Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng dalam Amanat Hari Buruh beliau.

Salah satu caranya kata beliau adalah untuk menuju ke arah aturan kerja fleksibel.

Singapura sudah berhasil mengekalkan pekerjaan dan sara hidup rakyatnya dalam dua tahun sepanjang pandemik COVID-19.

Ini dilakukan menerusi langkah-langkah khusus seperti Skim Bantuan Pekerjaan dan Skim Insentif Pertumbuhan.

Dr Tan berkata majikan dan pekerja sudah bangkit daripada pandemik tanpa perlu dikawal selia secara keterlaluan, tetapi dengan semangat perpaduan dan bersatu padu.

Ia hasil kerjasama rakan tiga pihak, iaitu antara kesatuan sekerja, majikan dan pemerintah.

Dr Tan berkata ketiga-tiga pihak itu komited untuk membantu pekerja membuat penyesuaian sejajar dengan perubahan dalam pekerjaan.

Ini termasuk lebih ramai pekerja yang menginginkan aturan kerja fleksibel.

Sumber : CNA/ZM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita