Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura sumbang AS$60,000 bantu mangsa banjir dan taufan di Malaysia, Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Dec 2021 04:53PM Dikemas Kini : 23 Dec 2021 08:24AM

SINGAPURA: Pemerintah Singapura akan menyumbangkan AS$60,000 (S$82,000) sebagai dana permulaan untuk menyokong Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) dalam usaha bantuan dan menyelamat di Malaysia dan Filipina, kata Kementerian Ehwal Luar(MFA) dalam satu kenyataan pada Rabu (22 Dis).

Sumbangan ini sebagai tambahan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah Filipina, yang masing-masing akan menerima AS$50,000 (S$68,380) menurut MFA.

"Banjir di Malaysia dan Taufan Rai di Filipina menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang besar, mengakibatkan masyarakat berada dalam keadaan yang susah dan sengsara," menurut MFA.

"Sebagai rakan rapat dan anggota bersama dalam ASEAN, Singapura berdiri teguh bersama-sama dengan Malaysia dan Filipina dalam masa sukar ini."
Wang yang diikrarkan SRC akan digunakan kepada badan-badan pertolongan kecemasan dan pengagihan barangan seperti khemah, makanan panas dan selimut ke pusat-pusat pemindahan, menurut badan itu di dalam kenyataan media pada Isnin (20 Dis).

Lebih 20 orang maut dalam banjir teruk di Malaysia manakala 65,000 orang lagi dipindahkan dari rumah mereka.

Di Filipina, sekurang-kurangnya 375 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera selepas Taufan Rai melanda kawasan tengah dan selatan negara itu.

Lebih 400,000 orang juga meninggalkan rumah mereka selepas taufan itu memusnahkan prasarana dan talian komunikasi dan bekalan elektrik di banyak kawasan.

Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa