Skip to main content

Singapura

Singapura, AS sahkan hubungan kukuh pertahanan

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan delegasi kongres Amerika mengesahkan hubungan pertahanan yang sangat baik dan lama terjalin antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Apr 2019 10:49PM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 10:54PM

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan delegasi kongres Amerika mengesahkan hubungan pertahanan yang sangat baik dan lama terjalin antara kedua-dua negara.

Di sesi jamuan teh bagi meraikan lawatan delegasi itu, Dr Ng menekankan pentingnya Amerika Syarikat terus berhubungan dengan rantau ini menerusi saluran ekonomi dan keselamatan.

Dr Ng juga melahirkan penghargaan kepada Amerika kerana sokongan berterusannya terhadap latihan Angkatan Bersenjata Singapura yang diadakan di Amerika Syarikat.

Sementara delegasi Amerika Syarikat pula melahirkan penghargaan mereka atas sokongan berterusan Singapura terhadap kehadirannya di rantau ini.

Para pegawai Amerika Syarikat itu juga dibawa melihat-lihat RSS Singapura - Pangkalan Tentera Laut Changi dan akan berada di Singapura sehingga Khamis (25 Apr).

Di Pentagon, Washington DC pula, Setiausaha Tetap Singapura bagi Pertahanan Chan Yeng Kit dan Setiausaha Rendah Dasar Pertahanan Amerika, John Rood mempengerusikan bersama Dialog Keselamatan Strategik Singapura-Amerika ke-10.

Mereka membincangkan tentang peluang-peluang bagi meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang-bidang seperti ketenteraan dan teknologi pertahanan. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita