Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura pertimbang sistem berperingkat bagi khidmat kesihatan mental

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Oct 2022 08:39PM Dikemas Kini : 10 Oct 2022 10:48PM
SINGAPURA: Memang terdapat pelbagai jenis klinik, pusat, dan talian bantuan yang menawarkan khidmat kesihatan mental di Singapura sekali gus memudahkan akses kepada bantuan.

Namun, bagi mereka yang mencari bantuan, memilih saluran mana yang hendak dituju mungkin tidak semudah disangka. Ini kerana khidmat tersebut tidak dibezakan bagi keperluan pesakit yang berbeza-beza.

Berucap di Sidang Puncak Kepimpinan CNA pada Isnin (10 Okt), Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Janil Puthucheary berkata satu model penjagaan khidmat kesihatan berperingkat yang disarankan boleh membantu meningkatkan akses, penyelarasan dan mutu khidmat kesihatan mental.

Beliau menarik perhatian dengan mempunyai sistem berperingkat juga akan membantu untuk mengenal pasti dan menyokong penyedia perkhidmatan untuk menjaga kumpulan pelanggan dan pesakit dengan keperluan berbeza-beza, serta menyelaraskan penyediaan khidmat, rujukan dan penjagaan, kata Encik Puthucheary.

Model penjagaan baru itu merupakan satu daripada 12 saranan awal oleh Pasukan Bertindak Kesihatan dan Kesejahteraan Mental Antara Agensi yang ditubuhkan pada Julai tahun lalu untuk menyelia dan menyelaraskan usaha kesihatan mental.

Ia menyarankan sistem khidmat berperingkat meliputi sokongan rakan sebaya, kaunseling, serta khidmat psikologi dan psikiatrik yang lebih mendalam.

Saranan-saranan itu akan dimasukkan dalam Strategi Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Negara, yang dijadual diterbitkan pada tahun depan.

Saranan lain termasuk mempertingkat sokongan pekerjaan bagi mereka yang menghidap masalah penyakit kesihatan mental dengan menyediakan elaun latihan dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk meningkatkan kesedaran tentang sumber yang ada termasuk kepada golongan belia.

Dr Puthucheary berkata pasukan bertindak itu sedang meneliti maklum balas orang awam, dan akan menyesuaikan saranan-saranan sewajarnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan