Skip to main content
Schedule Ad Block
-

Singapura

SINGAPURA MENGUNDI 2025

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA MENGUNDI 2025
Diterbitkan : 03 May 2025 07:54PM Dikemas Kini : 04 May 2025 04:05AM

SINGAPURA: Seramai 206 calon dari 11 parti, termasuk dua calon bebas, bertanding bagi 92 kerusi di 32 kawasan undi.

Parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) sudahpun mempunyai lima kerusi, menyusuli kemenangan tanpa bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marine Parade-Braddell Heights.

Sekitar 2.75 juta orang layak mengundi tahun ini, naik lebih 100,000 berbanding 2.65 juta dalam pilihan raya yang lalu.

Daripada 32 kawasan undi yang dipertandingkan, 17 adalah GRC berbilang anggota dan 15 Kawasan Undi Perseorangan (SMC).

Terdapat lima persaingan berbilang penjuru, termasuk empat penjuru di GRC Tampines.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita