Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura, Latvia tegaskan komitmen pertingkat hubungan pertahanan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2022 05:24PM Dikemas Kini : 18 May 2022 12:07AM

SINGAPURA: Singapura dan Latvia mengesahkan lagi jalinan kerjasama pertahanan yang mesra dan berkembang.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Latvia, Artis Pabriks pada Sabtu lalu (14 Mei). 

Mereka menegaskan komitmen untuk mengukuhkan ikatan yang terjalin di bawah satu perjanjian yang dimeterai Disember lalu.

Ia termasuk kerjasama dalam bidang-bidang kepentingan bersama seperti dasar dan teknologi pertahanan, perhubungan strategik, Perkhidmatan Negara, Pertahanan Mutlak dan pelibatan warga.

Mereka juga bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan geopolitik dan keselamatan.

Dr Ng turut bertemu Setiausaha Parlimen Kementerian Pertahanan Latvia, Baiba Blodniece, bagi membincangkan cara-cara untuk meningkatkan daya bingkas masyarakat serta persediaan untuk kecemasan.

Beliau juga diberi taklimat oleh para pakar dari Pusat Kecemerlangan bagi Perhubungan Strategik NATO.

"Lawatan ke Estonia dan Latvia sangat berguna, terutamanya dari sudut perkhidmatan keempat yang akan ditubuhkan SAF iaitu khidmat kecerdasan digital. 

"Sudah diterima secara umum sekarang bahawa dalam setiap pertempuran atau kempen perang yang dilakukan tentera atau pihak penceroboh ke atas mana-mana negara, bidang siber serta maklumat turut menjadi sebahagian daripadanya," ujar Dr Ng. 

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan