Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura lapor kes cacar monyet ke-10, pesakit baru pulang dari Kanada

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura lapor kes cacar monyet ke-10, pesakit baru pulang dari Kanada

(Gambar: Md Saiful Islam Khan/iStock)

Diterbitkan : 26 Jul 2022 10:25PM Dikemas Kini : 26 Jul 2022 10:28PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan satu lagi kes cacar monyet pada Selasa (26 Jul). 

Ini bermakna terdapat kepada 10 kes cacar monyet yang dikesan di negara ini sejak Jun. 

Pesakit itu merupakan seorang lelaki Taiwan berusia 28 tahun yang tinggal di Singapura dan baru sahaja pulang dari Kanada, menurut MOH dalam kemas kini di lamannya. 

Lelaki itu mengalami demam pada 22 Julai, selain sakit kepala, sakit otot dan bahagian lain. Beliau kemudian mengalami ruam, menurut MOH. 

Lelaki tersebut mendapatkan rawatan perubatan pada Selasa (26 Jul) dan dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada hari yang sama. 

Keadaan lelaki berkenaan stabil dan usaha mengesan kontak sedang dijalankan, menurut MOH. 

Jangkitannya tidak dikaitkan dengan sebarang kes cacar monyet sebelum ini. 

Cacar monyet adalah jangkitan virus, dengan pesakit biasanya pulih dalam masa 14 hingga 21 hari.

Mereka yang dijangkiti biasanya mengalami demam, sakit kepala, sengal otot, sakit tulang belakang, kelenjar bengkak, rasa seram sejuk, lelah dan ruam.

Daripada 10 kes cacar monyet yang dilaporkan di Singapura sejak Jun, lima adalah kes import manakala lima adalah kes tempatan. Setakat ini, tiada kes yang berhubung kait. 

Pada Isnin (25 Jul), Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata MOH tidak menyarankan vaksinasi besar-besaran penduduk Singapura terhadap cacar monyet, menekankan lagi pendirian kementerian tersebut mengenai virus itu. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu (23 Jul) mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan antarabangsa. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan