Skip to main content

Singapura

Singapura lapor 8 lagi kematian COVID-19, 3,445 jangkitan baru

Singapura melaporkan 3,445 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Jumaat (15 Okt) dengan lagi lapan kematian dicatat disebabkan komplikasi virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura lapor 8 lagi kematian COVID-19, 3,445 jangkitan baru

Gambar fail: Marcus Mark Ramos

Diterbitkan : 15 Oct 2021 11:31PM Dikemas Kini : 15 Oct 2021 11:33PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 3,445 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Jumaat (15 Okt) dengan lagi lapan kematian dicatat disebabkan komplikasi virus tersebut.

Mereka yang meninggal dunia terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berusia antara 61 dengan 89 tahun.

Lima daripada mereka tidak divaksin manakala tiga sudah divaksin. Tujuh daripada mereka mempunyai pelbagai penyakit lain manakala salah satu kes tidak divaksin tidak mempunyai masalah kesihatan yang diketahui.

Ini membawa jumlah keseluruhan mereka yang meninggal dunia di Singapura disebabkan koronavirus kepada 215.

Kes jangkitan baru pada Jumaat meningkat daripada 2,932 kes yang dilaporkan pada Khamis.

Dalam kalangan kes hari ini, 3,443 merupakan jangkitan tempatan, yang mana 2,823 adalah kes dalam masyarakat dan 620 penghuni di dormitori pekerja hijrahan.

Sebanyak dua kes import turut dilaporkan, menurut Kementerian Kesihatan dalam kemas kini hariannya yang dikeluarkan kepada media sekitar 11 malam.

Setakat Jumaat, Singapura melaporkan 141,772 kes COVID-19 secara keseluruhan sejak permulaan pandemik.

KES DI HOSPITAL, PEMULIHAN DI RUMAH

Dalam kalangan kes COVID-19 yang dirawat atau dimasukkan ke hospital,
16,513 pesakit atau 75 peratus sedang menjalani pemulihan di rumah.

Lagi 2,951 sedang dirawat di kemudahan jagaan masyarakat dan 804 di kemudahan rawatan COVID-19.

Baki 1,593 pesakit sedang dirawat di hospital, dengan sebahagian besar daripada mereka sedang dipantau, menurut MOH.

Daripada jumlah itu, 322 pesakit memerlukan bantuan oksigen dan 48 di unit jagaan rapi (ICU).

Sepanjang 28 hari yang lalu, terdapat 65,808 individu terkena jangkitan, 1.1 peratus memerlukan bantuan oksigen dan 0.1 peratus dirawat di ICU.

Dalam kalangan mereka yang memerlukan bantuan oksigen atau dimasukkan ke ICU, 49.9peratus sudah lengkap divaksin dan 50.1 peratus belum divaksin atau sudah mendapatkan satu dos suntikan vaksin.

Pada Khamis, Singapura melaporkan pesakit termuda yang meninggal dunia akibat COVID-19. Berusia 23 tahun, beliau baru menerima satu suntikan dos vaksin.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita