Singapura lancar sidecar motosikal elektrik pertama dunia
Anggaran Waktu Membaca:
Persiaran Singapore Sidecars. (Gambar: CNA)
SINGAPURA: Kelilingi Singapura dengan cara yang mesra alam!
Kabin penumpang motosikal atau sidecar elektrik pertama dunia yang sesuai digunakan di jalan raya dilancarkan buat pertama kalinya di negara ini, menawarkan kaedah pengangkutan alternatif yang bebas karbon.
Idea bagi kenderaan unik itu dihasilkan satu pasukan gabungan rakyat Singapura dan Britain, dan ia dilancarkan bersempena SG60.

"Kenderaan ini pernah wujud satu ketika dahulu, jadi kami fikir, alangkah menariknya jika kita kembalikannya dan menjadikannya elektrik? Ia juga kemajuan yang mengikut peredaran zaman, dan kita harus lakukan apa yang boleh untuk kurangkan pengeluaran karbon untuk kekal mampan dan mesra alam," jelas Pengasas Bersama Singapore Sidecars, Simon Wong.
Kabin penumpang itu menggunakan bateri yang hanya perlu dicas selama 20 saat.
Rundingan sedang dijalankan antara perusahaan sosial itu, yang mengendalikan khidmat persiaran untuk pelancong menggunakan kenderaan tersebut, dengan daya tarikan seperti Sentosa dan Mandai Reserves.

Mereka sedang mengkaji bagaimana untuk membawa para pelancong mengelilingi tempat-tempat popular pelancong dengan menaiki kenderaan sedemikian.
Butiran lanjut dijangka diumumkan sebelum hujung tahun ini.
Butiran lanjut dijangka diumumkan sebelum hujung tahun ini.
Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.