Skip to main content

Singapura

Singapura kesan 2 kes COVID-19 dijangkiti subvarian Omicron baru BA.2.12.1

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura kesan 2 kes COVID-19 dijangkiti subvarian Omicron baru BA.2.12.1

Orang ramai melintasi jalan raya di Chinatown, Singapura, pada 22 Feb 2022. (Gambar fail: Gaya Chandramohan/CNA)

Diterbitkan : 29 Apr 2022 08:53PM Dikemas Kini : 29 Apr 2022 08:55PM

SINGAPURA: Singapura mengesahkan dua kes COVID-19 dengan subvarian Omicron baru BA.2.12.1.

Kedua-dua kes dalam masyarakat itu dikesan sebagai sebahagian daripada "pemantauan aktif pihak berkuasa terhadap keadaan COVID-19 dan penjujukan genetik untuk pengawasan", kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya pada Khamis (28 Apr).

"Semua kes sudah mengasingkan diri sendiri selepas disahkan positif COVID-19."

MOH menyatakan BA.2.12.1 pada masa ini tidak berada dalam senarai varian minat membimbangkan atau varian di bawah pemantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tidak banyak yang diketahui tentang BA.2.12.1 - subvarian daripada varian BA.2 Omicron yang sangat mudah berjangkit - dan pada masa ini tiada bukti bahawa ia menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

BA.2 menjadi strain utama COVID-19 di seluruh dunia menjelang pertengahan Mac. Varian itu dan BA.2.12.1 dianggarkan membentuk lebih 90 peratus daripada varian koronavirus di Amerika Syarikat setakat 16 Apr, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada 19 Apr.

BA.2 membentuk 74.4 peratus daripada varian di AS bagi minggu yang berakhir 16 Apr, manakala BA.2.12.1 membentuk 19 peratus, menurut anggaran daripada CDC.

Singapura melaporkan 2,690 kes baru COVID-19 setakat tengah Khamis dan tiada kematian. Jumlah kes jangkitan di negara ini semakin stabil sejak beberapa minggu lalu, mendorong pihak berkuasa untuk mengumumkan pelonggaran sekatan secara besar-besaran.

Had saiz kumpulan dan aturan jarak selamat ditarik balik mulai 26 Apr. Semua pekerja juga dibenarkan kembali ke tempat kerja.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita