Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura-Jepun rai 55 tahun hubungan diplomatik

Singapura dan Jepun meraikan hubungan diplomatik yang terjalin sejak 55 tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura-Jepun rai 55 tahun hubungan diplomatik

Ultraman membuat penampilan di samping Merlion dalam kempen memperingati detik bersejarah hubungan Singapura dan Jepun. (Gambar: Tsuburaya Productions/Facebook)

Diterbitkan : 01 Jun 2021 07:08PM Dikemas Kini : 01 Jun 2021 07:32PM

SINGAPURA: Singapura dan Jepun meraikan hubungan diplomatik yang terjalin sejak 55 tahun lalu.

Meskipun masih berdepan dengan krisis kesihatan global, acara-acara khas masih diadakan untuk memperingati detik bersejarah itu.

Ini termasuk penampilan watak adiwira dari Jepun yang tidak asing lagi, Ultraman, bagi menyemarakkan lagi sambutan hubungan Singapura-Jepun selama 55 tahun (SJ55).

Secara kebetulan Ultraman juga menyambut ulang tahunnya yang ke-55 tahun ini.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) mendedahkan perincian sambutannya semasa satu acara maya pada Selasa (1 Jun)

Lambang SJ55 dilancarkan bagi memperingati detik bersejarah hubungan dua hala itu.

"Reka bentuknya diilhamkan daripada Merlion Singapura dan bunga Sakura dari Jepun yang ditampilkan dalam bentuk origami," kata Pengarah Serantau STB, bagi Utara Asia, Markus Tan.

Sempena sambutan SJ55, filem yang dihasilkan di Singapura disiarkan di laman Netflix Jepun sejak Mac tahun ini untuk tempoh dua tahun.

Selain itu konsert bertema dalam talian akan dianjurkan.

Cenderamata SJ55 juga dilancarkan.

Meskipun pandemik COVID-19 mengganggu pertukaran antara rakyat kedua-dua negara, usaha untuk menggalak interaksi sedemikian masih diteruskan.

Agensi-agensi pelancongan di Singapura dan Jepun telah mempromosikan pelancongan secara maya sejak September lalu.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan