Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura hasilkan penapis bermutu tinggi bagi pelitup

Singapura kini boleh menghasilkan penapis untuk pelitup yang bermutu tinggi yang boleh diagihkan kepada para penduduk tempatan, jika pandemik menjadi lebih buruk.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Jan 2021 08:23PM Dikemas Kini : 28 Jan 2021 10:51PM

SINGAPURA: Singapura kini boleh menghasilkan penapis untuk pelitup yang bermutu tinggi yang boleh diagihkan kepada para penduduk tempatan, jika pandemik menjadi lebih buruk.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing mendedahkan demikian, semasa lawatan ke kemudahan ST Engineering, pada Khamis (28 Jan).

Apabila digunakan dengan pelitup pakai semula, perlindungannya adalah setara dengan pelitup pembedahan.

Setiap penapis boleh bertahan sekitar tiga hari.

Encik Chan mengatakan kemudahan itu boleh menghasilkan sekurang-kurangnya dua penapis bagi setiap orang setiap minggu.

Ini ketika Singapura terus mengukuhkan daya tahannya dari segi bekalan pelitup, di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Lapisan penapis plastik yang dihasilkan ST Engineering itu lebih ringan dan lebih mudah untuk bernafas ketika dipakai.

Selain itu, keupayaan penapisannya jauh lebih berkesan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan