Singapura dan Saudi meterai MOU kukuh kerjasama dalam sektor tenaga, kastam
Dua Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani di mesyuarat peringkat menteri jawatankuasa bersama yang julung-julung kali diadakan di Riyadh.
(Gambar: Facebook/Tan See Leng)
RIYADH: Singapura dan Arab Saudi mengukuhkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti daya tenaga dan penguatkuasaan kastam.
Dua Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani di mesyuarat peringkat menteri jawatankuasa bersama yang julung-julung kali diadakan di Riyadh pada Rabu (8 Dis).
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Menteri kedua bagi Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng.
Dalam pertemuan itu kedua-dua pihak juga menekankan potensi besar untuk kerjasama dalam bidang pengangkutan, infrastruktur dan logistik serta ekonomi digital.
Dalam sektor tenaga, kedua-dua negara akan bekerjasama dalam pemuliharaan, dan pembinaan kapasiti dalam teknologi rendah karbon.
Singapura dan Saudi juga akan memberikan bantuan bersama untuk menguatkuasakan undang-undang kastam.
Tahun lepas, Arab Saudi merupakan rakan dagangan kedua terbesar Singapura di Timur Tengah.
Perdagangan dua hala berjumlah S$8.75 bilion.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.