Singapura boleh kekal relevan dengan memperbaiki keupayaannya: DPM Tharman
Dalam menghadapi cabaran-cabaran globalisasi dan teknologi, Singapura boleh kekal relevan dan berdaya saing dengan meningkatkan keupayaan penduduknya dan ini hanya boleh dilakukan menerusi kerjasama antara negara dengan anggota masyarakat lain.

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam di Forum Ekonomi Baru Bloomberg. (Gambar: Forum Ekonomi Baru Bloomberg)
SINGAPURA: Dalam menghadapi cabaran-cabaran globalisasi dan teknologi, Singapura boleh kekal relevan dan berdaya saing dengan meningkatkan keupayaan penduduknya dan ini hanya boleh dilakukan menerusi kerjasama antara negara dengan anggota masyarakat lain.
Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan oleh ahli sains politik dari Amerika, Ian Bremmer pada Rabu (7 Nov) semasa Forum Ekonomi Baru Bloomberg.
Encik Bremmer bertanya bagaimana Singapura, sebuah ekonomi kecil dan terbuka yang sekian lama berkembang maju dengan kekal terhubung dengan dunia, boleh memberi respon kepada perkembangan luaran. Beliau membangkitkan tentang kemungkinan ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat dan China boleh bertukar menjadi "pengasingan ekonomi" - satu risiko yang diutarakan oleh mantan setiausaha perbendaharaan Amerika Syarikat, Henry Paulson sebelum forum itu - serta gangguan disebabkan oleh kemajuan teknologi.
Encik Tharman menjawab: "Anda bertindak dengan memberi tumpuan kepada apa yang anda boleh sumbang kepada dunia, apa yang seluruh penduduk ada, dan bagaimana mereka boleh mempertingkatkan keupayaan agar dapat menyumbang kepada dunia ini."
"Ia adalah cara pemikiran sebuah negara kecil," beliau menambah. "Anda tidak boleh mengubah dunia tetapi anda perlu mencari cara untuk kekal relevan."
Sistem pendidikan Singapura, dari "pra-sekolah ke pengajian tinggi hingga pembelajaran sepanjang hayat", perlu bersiap sedia untuk itu, tambah Encik Tharman, yang juga menteri penyelaras bagi dasar-dasar ekonomi dan sosial.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.