Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura boleh bendung virus Wuhan jika semua bekerjasama: Gan Kim Yong

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata beliau yakin keadaan virus korona Wuhan boleh dikawal jika semua di Singapura bekerjasama untuk membendung penularannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jan 2020 08:14PM Dikemas Kini : 25 Jan 2020 09:55PM

SINGAPURA: Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata beliau yakin keadaan virus korona Wuhan boleh dikawal jika semua di Singapura bekerjasama untuk membendung penularannya.

Semasa melawat Hospital Tan Tock Seng, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para pekerja kesihatan yang bekerja sepanjang musim perayaan ini.

Kakitangan jagaan kesihatan Singapura berada di barisan hadapan dalam usaha mengesan dan mengawal penularan virus korona Wuhan.

Menemui lebih 50 kakitangan jagaan kesihatan di Hospital Tan Tock Seng hari ini (25 Jan), Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata pemerintah sedang memastikan mereka dilengkapi untuk menangani keadaan penularan virus tersebut.

"Lantas kita juga mahu memastikan mereka dilindungi secukupnya. Kita bekerjasama dengan para doktor GP dan klinik-klinik serta hospital pemerintah, semua pengurusan jagaan kesihatan, untuk memastikan alat perlindungan cukup disediakan untuk mereka," kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.

Encik Gan menambah, keadaan sekarang masih berubah-ubah dan langkah-langkah pencegahan akan diubah suai dari masa ke masa.

Beliau menggesa orang ramai agar bekerjasama dengan pemerintah dan dengan itu, beliau yakin keadaan akan dapat dikawal.

Orang awam digesa supaya mengamalkan kebersihan diri dan ramai telahpun menggunakan pelitup sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyakit Berjangkit Profesor Leo Yee Sin berkata penggunaan pelitup bukan saja perlu semasa penularan penyakit.

Sebaliknya sesiapa saja yang tidak berasa sihat dengan tanda-tanda seperti batuk dan bersin, harus menggunakan pelitup juga.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan