Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura berdepan 'keadaan serius'; perlu rancang bagi lonjakan kes COVID-19, kata PM Lee

Dengan penularan COVID-19 dijangka berterusan buat beberapa waktu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi amaran pada Khamis (12 Mac) bahawa Singapura berdepan satu "keadaan serius" dengan "kemungkinan lonjakan" dalam kes baru, lebih banyak kelompok dan jangkitan baru dari negara-negara lain. 

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura berdepan 'keadaan serius'; perlu rancang bagi lonjakan kes COVID-19, kata PM Lee

PM Lee merakamkan ucapan beliau berhubung penularan COVID-19. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 12 Mar 2020 10:39PM Dikemas Kini : 12 Mar 2020 10:42PM

SINGAPURA: Dengan penularan COVID-19 dijangka berterusan buat beberapa waktu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi amaran pada Khamis (12 Mac) bahawa Singapura berdepan satu "keadaan serius" dengan "kemungkinan lonjakan" dalam kes baru, lebih banyak kelompok dan jangkitan baru dari negara-negara lain.

Bagaimanapun, keadaan itu kekal berada di bawah kawalan dan Singapura tidak akan menaikkan tahap amaran Sistem Respons Keadaan Penularan Penyakit (DORSCON) ke Merah, tambah Encik Lee.

Ketika menyampaikan ucapan yang disiarkan di televisyen, Encik Lee menarik perhatian bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudahpun mengisytiharkan penularan itu satu pandemik dan ia dijangka "berterusan untuk jangka masa yang lebih lama - setahun dan mungkin lebih lama".

Meskipun Singapura mengambil situasi itu dengan "penuh serius" dan disebut oleh WHO sebagai satu peran contoh yang harus diteladani, negara ini berdepan "keadaan serius".

"Kami menjangkakan lebih banyak kes diimport dan dengan itu, kelompok baru dan gelombang jangkitan baru, kali ini dari banyak negara berbanding hanya satu atau dua," kata PM Lee.

Singapura mempunyai 187 kes disahkan positif COVID-19 setakat Khamis - 96 daripadanya sudahpun sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital.

Encik Lee menambah sungguhpun Singapura sudah mengenakan beberapa sekatan perjalanan, ia akan "perlu diperketatkan lagi buat sementara waktu tetapi kita tidak boleh menutup sepenuhnya negara kepada dunia".

Dalam amanatnya, Encik Lee juga menekankan bahawa keadaan virus itu di Singapura "kekal terkawal".

"Kita tidak akan menutup negara kita seperti mana dilakukan China, Korea Selatan atau Itali. Apa yang kita sedang lakukan adalan untuk merancang lebih awal beberapa langkah lebih tegas, cubanya dulu dan mempersiapkan warga Singapura apabila kita benar-benar perlu melaksanakannya."

TUMPU SUMBER BAGI YANG SAKIT SERIUS

Encik Lee menarik perhatian bahawa jika terdapat "jumlah sangat besar" orang yang dijangkiti COVID-19, "kita tidak boleh masukkan mereka ke dalam hospital dan mengasingkan setiap kes seperti mana dilakukan sekarang".

Kebanyak pesakit COVID0-19, "80 peratus daripada mereka", hanya mengalami gejala ringan dan mereka yang paling berisiko adalah golongan tua serta yang mempunyai penyakit sedia ada, tambah beliau.

"Jadi dengan jumlah pesakit lebih besar, perkara bijak untuk dilakukan adalah memasukkan hanya kes-kes lebih serius ke dalam hospital dan menggalak mereka dengan gejala ringan untuk berjumpa doktor di klinik biasa GP serta berehat di rumah - kuarantin diri mereka," kata Encik Lee.

"Dengan cara ini, kita menumpukan sumber kepada yang benar-benar sakit, mempercepat masa tindak balas dan mudah-mudahan, mengurangkan jumlah kematian."

Sementara itu, katil, unit jagaan rapi (ICU) dan kemudahan hospital lain dikosongkan untuk mewujudkan kapasiti tambahan bagi memenuhi sembarang lonjakan dalam jumlah kes COVID-19, kata Encik Lee.

"Tetapi yakinlah, mana-mana warga Singapura yang memerlukan rawatan perubatan segera, sama ada untuk COVID-19 atau penyakit lain, akan dijaga," tambah beliau.

BIASAKAN DIRI DENGAN LANGKAH UTAMA: PM LEE

Selain perancangan perubatan, terdapat juga keperluan bagi langkah-langkah tambahan mewujudkan jarak sosial semasa berhubungan. Ini termasuk menggantung sekolah, waktu mula dan tamat kerja yang berbeza atau wajibkan bekerja dari rumah, kata perdana menteri.

Encik Lee berkata bahawa oleh kerana COVID-19 "akan bersama kita buat waktu yang panjang", penduduk harus membiasakan diri dengan norma-norma baru seperti mengamalkan kebersihan baik dan serta mengelak daripada menghadiri perhimpunan besar.

Sepanjang minggu lalu, beberapa kegiatan masyarakat - terutamanya yang kerap diikuti warga tua - sudahpun digantung. Pada awal Khamis, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan penutupan sementar semua masjid di Singapura setelah dua rakyat Singapura yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di sebuah masjid di Malaysia diuji positif virus korona itu.

Ia sejajar dengan langkah-langkah yang dilaksanakan di mana-mana tempat lain merata dunia. Di Arab Saudi, ibadah umrah sudahpun dihentikan buat sementara waktu.

Encik Lee berkata: "Isunya bukan agama itu sendiri tetapi hakikat virus tersebut boleh merebak dengan cepat ke ramai orang dalam tempat yang sesak seperti perhimpunan dan acara keagamaan."

"Dalam masa-masa genting sekarang ini saya harap anda faham dan sokong langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan jumlah jemaah atau memendekkan khutbah demi menjaga keselamatan para jemaah," ujar beliau semasa berucap dalam Bahasa Melayu. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan