Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura bakal jadi hos Minggu E-sukan Olimpik yang pertama pada Jun 2023

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan menjadi hos minggu e-sukan Olimpik yang diadakan buat julung-julung kalinya pada Jun tahun depan.

Demikian diumumkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Rabu (16 Nov).

Dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Majlis Sukan Singapura dan Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC), acara tersebut akan diadakan dari 22 Jun hingga 25 Jun 2023.

Festival sepanjang empat hari itu akan mempamerkan teknologi terkini dan perbincangan panel, sesi pendidikan serta menunjukkan perlawanan persahabatan, menurut IOC.

Kemuncak acara tersebut merupakan pusingan akhir siri E-sukan Olimpik yang akan diadakan secara langsung.

Siri tersebut, iaitu simulasi perlawanan sukan global di alam maya akan meneruskan kejayaan Siri Olimpik Maya tahun lalu, tambah majlis tersebut.

Siri 2021 menerima lebih 250,000 peserta dari 100 negara yang menyertai pertandingan dalam sukan simulasi dan maya termasuk sukan besbol, sukan bermotor, berbasikal, mendayung dan berlayar.

"Minggu E-sukan Olimpik yang pertama itu merupakan kejayaan penting dalam cita-cita kami untuk menyokong pembangunan sukan maya dalam Gerakan Olimpik," kata Presiden IOC Thomas Bach.

"Kami percaya format baru pertandingan sukan maya dengan peringkat akhir yang akan disiarkan secara langsung menjadi peluang untuk bekerjasama dengan pemain e-sukan dan mewujudkan lebih banyak peluang bagi para pemain dan peminat.

"Ia adalah peluang terbaik untuk bekerjasama dengan Singapura yang mempunyai sejarah menyokong inovasi dalam Gerakan Olimpik, menganjurkan Olimpik Sukan Belia pada 2010 jadi kami teruja dapat bekerjasama."

Pengumuman IOC itu mendorong cita-cita Singapura untuk menjadi hab e-sukan kerana negara ini berhasrat menganjurkan lebih banyak acara sebegitu.

Butiran lanjut tentang Minggu E-sukan Olimpik akan didedahkan pada awal 2023, menurut IOC.
Sumber : CNA/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan