Singapura, Australia teroka bidang kerjasama strategik baru: PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
CANBERRA: Singapura dan Australia memperdalamkan lagi hubungan dua hala menerusi pemeteraian satu perjanjian ekonomi hijau pada Selasa (18 Okt).
Ia merupakan perjanjian pertama seumpamanya yang memberi tumpuan kepada perdagangan dan pelaburan mampan.
Kedua-dua negara juga bersetuju meneroka bidang kerjasama strategik baru seperti daya tahan rantaian bekalan.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong disambut rakan sejawatannya Anthony Albanese semasa tiba di bangunan Parlimen Canberra.
Kedua-dua pemimpin itu kemudian mengesahkan lagi komitmen untuk saling bekerjasama bagi manfaat bersama di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik.
PM Lee dan PM Albanese bersetuju untuk merebut peluang dalam ekonomi mesra alam.
Ia merupakan bidang kerjasama keenam di bawah Perkongsian Strategik Menyeluruh yang dimeterai kedua-dua negara pada 2015.
Perjanjian meluas itu bertujuan meningkatkan pelibatan dan kerjasama dua hala.
Perjanjian Ekonomi Hijau (GEA) Singapura-Australia merupakan inisiatif pertama seumpamanya antara dua pemerintah dalam usaha mendorong perdagangan dan pelaburan dalam huraian mesra alam.
PM Albanese berkata: "Perjanjian ekonomi hijau ini menandakan keazaman kolektif untuk menghadapi pelbagai cabaran sedang ekonomi kami beralih menjadi sifar bersih pelepasan karbon. Ia akan menyokong inovasi daya tenaga bersih, membuka peluang perniagaan dan mewujudkan pekerjaan, serta membantu mencapai sasaran pelepasan karbon kami sambil menjadikan Australia adikuasa tenaga boleh diperbaharui.
"Komitmen kami ke arah pakatan makanan akan menghasilkan serta mengukuhkan lagi rantaian bekalan yang terjamin serta memberi jaminan kepada pengeksport Australia."
Sebagai permulaan, selain daya tenaga yang boleh diperbaharui, perjanjian itu akan meliputi 17 bidang termasuk reka bentuk bangunan mesra alam dan juga kenderaan elektrik.
PM Lee turut berkata: "Ini semua bidang-bidang yang menarik minat Singapura dan juga perniagaan-perniagaan Singapura dan kami harap dengan adanya GEA Singapura-Australia, mereka dapat melangkah ke hadapan.
"Kami juga berharap, GEA ini akan menggalak negara-negara lain untuk mempelajari daripada apa yang sudah kami lakukan dan dengan cara itu dapat mengukuhkan kerjasama dalam isu-isu hijau. Ini saya rasa penting jika manusia mahu meraih kemajuan dalam perubahan iklim, iaitu suatu masalah segera dan mendesak."
Selain bidang-bidang pertumbuhan baru itu, kedua-dua pihak juga meneroka cara-cara mengukuhkan jaminan dan daya tahan rantaian bekalan, terutama dalam sektor makanan dan daya tenaga.
"Kami sangat saling bergantung. Anda mungkin menghasilkan banyak mineral, anda mungkin punya banyak bakat.
"Tetapi dengan negara-negara di mana anda sudah menjalin hubungan berdasarkan kepercayaan dan keyakinan, anda boleh melakukan lebih banyak lagi. Dan bagi Singapura dan Australia, kami mempunyai banyak kepercayaan, keyakinan dan sejarah," kata PM Lee.
Berdasarkan kepercayaan itu juga, Singapura menawarkan untuk menyumbang kepada usaha bantuan banjir di New South Wales dan Australia - suatu langkah yang dihargai PM Albanese.
"Inilah yang dilakukan sahabat. Mereka melihat seorang sahabat melalui masa sukar dan menanyakan "bagaimana boleh kami bantu". Dan Australia dan Singapura merupakan sahabat sangat baik," kata PM Albanese.
Lawatan PM Lee ke Australia berakhir hari ini (18 Okt).

Sumber : CNA/IA/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.