Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura, Australia meterai perjanjian untuk bantu perangi penipuan dan 'spam'

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura, Australia meterai perjanjian untuk bantu perangi penipuan dan 'spam'

Gambar: IMDA

Diterbitkan : 21 Jul 2022 01:33PM Dikemas Kini : 21 Jul 2022 01:33PM
SINGAPURA: Singapura dan Australia memeterai perjanjian untuk meningkatkan kerjasama dalam memerangi penipuan dan spam.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Penguasa Perhubungan dan Media Australia (ACMA) memeterai perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) pada Isnin (18 Jul).

Demikian menurut agensi-agensi berkenaan dalam satu kenyataan media bersama pada Khamis (21 Jul).

Memorandum Persefahaman itu merangkumi kerjasama dalam bidang utama seperti perkongsian maklumat, bantuan dalam siasatan berkaitan penipuan, panggilan spam dan perkhidmatan pesanan ringkas.

Kedua-dua negara juga bersetuju untuk bertukar-tukar kepakaran dan kerjasama mengenai huraian teknikal dan komersil berhubung dengan penipuan dan komunikasi spam.

"Penipuan, mesej dan panggilan telefon elektronik komersil yang tidak diingini adalah masalah global. Penipu masih akan terus mencari mangsa," menurut kenyataan bersama itu.

"Singapura dan Australia maklum akan kepentingan untuk membangunkan satu pendekatan global yang diselaraskan bagi menangani ancaman tersebut serta bagi pihak-pihak berkepentingan untuk saling bekerjasama."

Persetujuan itu ditandatangani ketua eksekutif IMDA Lew Chuen Hong dan pengerusi ACMA Nerida O’ Loughlin.

MOU tersebut dibangunkan selaras dengan Perjanjian Ekonomi Digital Australia-Singapura serta
pengisytiharan bersama oleh Perdana Menteri Australia dan Singapura mengenai Perkongsian Strategik Menyeluruh.

Ia bertujuan untuk memperdalam hubungan dan kerjasama dua hala, serta meningkatkan integrasi ekonomi Australia dan Singapura.
Encik Lew berkata MOU itu adalah "langkah penting untuk menangani isu global yang tidak menghormati batas geografi", seperti bahaya akibat penipuan.

"Hampir setiap warga Australia dibelenggu dengan panggilan telefon, SMS dan emel yang tidak diinginkan. Kami juga tahu ramai daripada rakan-rakan antarabangsa kami juga berdepan dengan isu yang sama," kata Cik O’Loughlin.

"Perjanjian ini akan mengukuhkan hubungan kami dengan rakan-rakan sejawat di Singapura untuk membanteras panggilan telefon dan mesej yang tidak diinginkan, terutama sekali yang melibatkan isu rentas sempadan."
Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa