Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura, Arab Saudi boleh jalin kerjasama lebih erat dalam tenaga diperbaharui, ekonomi hijau: Dr Balakrishnan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi hijau adalah antara bidang kerjasama  di mana Singapura dan Arab Saudi boleh memupuk kerjasama yang lebih erat.

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Arab Saudi Putera Faisal Farhan bin Farhan Al Saud bersetuju mengenai perkara ini ketika mereka mengesahkan hubungan mesra dan terjalin lama antara kedua-dua negara sempena memperingati ulang tahun ke-45 penubuhan hubungan diplomatik tahun ini, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Isnin (5 Sep).

Kedua-dua Menteri juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan global dan serantau.

Dr Balakrishnan berada di Riyadh dalam lawatan rasmi dari Sabtu (3 Sep) hingga Isnin, atas jemputan Putera Faisal.

Dr Balakrishnan turut menyampaikan surat jemputan daripada Presiden Halimah Yacob kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman Al Saud untuk membuat lawatan rasmi ke Singapura.

Sempena lawatan itu, beliau juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar dan anggota Majlis Menteri Adel Al Jubeir. Kedua-dua Menteri  mengadakan perbincangan mengenai perkembangan global dan serantau, termasuk pasaran tenaga dan perubahan iklim.

Dr Balakrishnan bertemu Menteri Pengangkutan dan Perkhidmatan Logistik Saleh Bin Nasser Al Jasser, yang merupakan pengerusi bersama Jawatankuasa Bersama Singapura Arab Saudi (SSJC).

Kedua-dua menteri menarik perhatian usaha saling melengkapi antara kedua-dua ekonomi dan mengalu-alukan kerjasama yang lebih erat dalam bidang seperti perkhidmatan logistik dan tenaga boleh diperbaharui.

Mereka turut mengesahkan peri pentingnya SSJC sebagai platform berguna untuk meluaskan kerjasama dua hala dan  menantikan mesyuarat seterusnya di Singapura pada akhir tahun ini.

Dr Balakrishnan juga bertemu  setiausaha agung Majlis Kerjasama bagi Negara-negara Teluk (GCC), Dr Nayef Al Hajraf. Kedua-duanya menekankan asas kukuh kerjasama yang ditetapkan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas GCC-Singapura.

Perjanjian itu, dimeterai pada 2013, menggalakkan pertukaran yang lebih besar antara GCC dan Singapura serta dengan ASEAN dalam bidang kepentingan bersama seperti jaminan makanan dan pendidikan.

Dr Balakrishnan juga bertemu dengan penasihat Mahkamah Diraja Fahad Al Toonsi, di mana beliau mengalu-alukan peluang bagi pertukaran bersama dalam membangunkan perkhidmatan awam masing-masing dan mengembangkan cabaran pembangunan modal insan untuk ekonomi berteraskan masa depan.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan