Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura "amat prihatin" atas operasi ketenteraan di Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA:Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan, Singapura "amat prihatin" atas pengumuman bermulanya  "operasi tentera khas" Rusia di wilayah Donbas, Ukraine, serta laporan mengenai serangan darat dan udara di beberapa sasaran di negara Eropah Timur itu pada Khamis (24 Feb). 

"Singapura mengutuk keras sebarang pencerobohan tanpa provokasi terhadap sesebuah negara berdaulat atas apa pun alasan," kata seorang jurucakap MFA dalam satu kenyataan.

"Kamu  mengulangi lagi bahawa kedaulatan, kemerdekaan dan integriti wilayah Ukraine mesti dihormati," tambah jurucakap itu lagi.

"Kami berharap tindakan ketenteraan Rusia akan dihentikan serta-merta; dan menggesa  agar pertikaian itu dihuraikan secara aman, mengikut Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa."

Presiden Rusia Vladimir Putin dalam satu perisytiharan di televisyen pada Khamis berkata beliau telah mengarahkan "operasi ketenteraan khas" di Ukraine, dengan tentera Rusia melepaskan  peluru berpandu ke beberapa bandar di Ukraine manakala  tenteranya mendarat di bahagian pantai selatan negara itu.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan