Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura alu-alukan pengesahan Perjanjian FIR dengan Indonesia: MFA

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura alu-alukan pengesahan Perjanjian FIR dengan Indonesia: MFA

Perdana Menteri Lee Hsien Loong (tengah, kiri) dan Presiden Indonesia Joko Widodo, diapit barisan menteri Kabinet masing-masing, bertemu di Retreat Pemimpin Singapura-Indonesia kelima pada 25 Januari 2022. (Gambar fail: MCI)

Diterbitkan : 08 Sep 2022 07:43PM Dikemas Kini : 08 Sep 2022 09:19PM
SINGAPURA:Singapura mengalu-alukan pengesahan Perjanjian Rantau Maklumat Penerbangan (FIR) oleh Indonesia, yang akan menyaksikan penjajaran semula sempadan antara FIR Jakarta dan Singapura.

Demikian menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Khamis (8 Sep).

Perjanjian FIR itu ditandatangani pada Januari di retreat Pemimpin Singapura-Indonesia di Bintan.

Di bawah perjanjian itu, Indonesia akan menyerahkan kepada Singapura tanggungjawab menyediakan khidmat navigasi udara di bahagian ruang udara dalam FIR Jakarta. 

FIR sesebuah negara ialah sempadan penerbangan awam yang dikendalikan perkhidmatan kawalan trafik udara dan tidak semestinya mengikut sempadan wilayah.

Perjanjian FIR itu adalah sebahagian daripada satu set perjanjian di bawah Rangka Kerja Diperluas, yang turut merangkumi kerjasama dalam bidang ekstradisi dan pertahanan.

Kedua-dua pemerintah telah saling bertukar-tukar surat aku janji
untuk membawa ketiga-tiga perjanjian itu berkuat kuasa pada masa yang sama.

MFA menyatakan ia berharap baki dua perjanjian akan turut disahkan supaya ia dapat dilaksanakan serentak.
Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan