Singapura akan pertingkat perkongsian strategik dengan Brunei ke peringkat lebih tinggi
BANDAR SERI BEGAWAN: Singapura amat menghargai hubungan istimewa dengan Negara Brunei Darussalam dan terus komited untuk membina asas kukuh yang terjalin sejak sekian lama.
Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata demikian dalam ucapannya di satu Majlis Jamuan Negara di Istana Nurul Iman pada malam ini tadi (25 Jan).
Majlis itu adalah atas undangan Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
"Singapura amat menghargai hubungan istimewa dengan Brunei. Kami komited untuk mengukuhkan hubungan yang diasaskan Allahyarham Seri Begawan dan Encik Lee Kuan Yew. Kami akan meningkatkan perkongsian strategik kami kepada satu peringkat yang lebih tinggi lagi. Menyokong semua itu adalah kepercayaan antara kita, dan khususnya antara generasi masa depan rakyat Brunei dan Singapura," kata Presiden Tharman.
Brunei dan Singapura menandakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik pada 2024 dan telah menjalin kerjasama ekonomi yang kukuh.
“Saya bersetuju pagi tadi bahawa kita perlu menandakan ulang tahun ke-40 hubungan dua hala dengan siri lawatan-lawatan peringkat tinggi dan inisiatif. Kami berharap ini dan aktiviti lain boleh membawa rakyat Brunei dan Singapura dari pelbagai latar belakang lebih dekat bersama,” kata Encik Tharman.
Presiden Tharman juga menarik perhatian kepada kerjasama yang mendalam selama beberapa dekad dalam pertahanan dan Perjanjian Pertukaran Mata Wang (CIA).
Sultan Hassanal dalam ucapannya pula berkata penting untuk kedua-dua negara terus menjalin kerjasama untuk melindungi aspirasi dan kepentingan bersama.
“Saya senang hati dengan komitmen bersama kita untuk memperkukuhkan lagi talian perdagangan dalam makanan, produk perubatan dan tenaga. Tambahan pula, kita sudah terus memupuk lebih ramai program pertukaran orang-ke-orang yang akan memperkukuhkan lebih peralihan yang dikongsi sesama warga kita,” tambahnya.
SAMBUTAN PENUH ISTIADAT
Ketibaan Presiden Tharman dan isteri Cik Jane Ittogi Shanmugaratnam di Istana Nurul Iman pagi tadi disambut dengan penuh istiadat.
Presiden Tharman kemudian mengadakan pertemuan dengan Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, diikuti dengan pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin.
Kedua-dua pemimpin menegaskan semula hubungan istimewa yang terjalin lama dan bersetuju untuk meneroka projek khusus untuk terus memperdalamkan kerjasama dua hala.
Dalam pertemuan itu, Encik Tharman juga sempat bertemu dengan para anggota kanan Keluarga Diraja Brunei dan Kabinetnya.
Atur cara hari kedua lawatan Presiden Tharman termasuk acara makan tengah hari bersama para pemimpin muda Brunei dari pelbagai sektor.
Beliau mengalu-alukan usaha untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan pemimpin muda, terutamanya dalam bidang pembangunan mampan dan keterangkuman.
Beliau memuji pegawai kadet atas profesionalisme dan ketabahan yang mereka tunjukkan dalam persekitaran hutan yang mencabar.
Singapura dan Brunei berkongsi hubungan pertahanan yang erat dan lama dengan SAF dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga sering mengadakan pertukaran dua hala secara kerap.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.