Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura akan 'lebih memilih' projek pelaburan pusat data: Gan Kim Yong

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura terus mengalu-alukan pelaburan pusat data, namun, akan mengambil pendekatan "lebih memilih" projek-projek sedemikian pada masa depan, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong pada Selasa (11 Jan). 

"Khususnya, kami ingin menarik pusat-pusat data yang terbaik dari segi kecekapan sumber, yang boleh menyumbang kepada matlamat ekonomi dan strategik Singapura," menurut beliau dalam jawapan bertulis terhadap soalan parlimen oleh Anggota Parlimen Louis Chua (WP-Sengkang). 

Singapura juga akan menetapkan  langkah-langkah untuk mempertingkat kecekapan pusat-pusat data yang sedia ada, tambah beliau lagi. 

Setakat 2021, Singapura mempunyai lebih 70 pusat data yang beroperasi di sini dengan kapasiti IT kira-kira 1,000 megawatt. 

Pusat data merupakan tulang belakang ekonomi digital yang pesat berkembang di merata dunia, namun, mereka juga menggunakan jumlah tenaga yang besar. Segala peralatan daripada server, peralatan penyimpanan dan kemudahan pendinginan menggunakan kuasa elektrik dan air yang banyak. 

Singapura sudah lama mempertimbangkan pendekatan yang lebih mampan bagi pertumbuhan pusat-pusat data di sini. 

Satu penilaian industri dijalankan pada 2019 dan Singapura menguatkuasakan "penghentian seketika" untuk pembangunan pusat-pusat data baru. 

Encik Gan berkata semakan itu perlu dilakukan kerana pusat-pusat data  merupakan pengguna sumber yang intensif. 

"Kami harus mencari jalan menguruskan pertumbuhan  pusat data secara mampan, sejajar dengan komitmen perubahan iklim kami," katanya lagi. 

Encik Gan juga menarik perhatian bahawa semakan ini baru sahaja selesai dan pihak berkuasa akan melibatkan industri tidak lama lagi untuk mengongsi maklumat dan mengumpul maklum balas. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan