Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura akan kotakan komitmen tangani perubahan iklim, namun perlu tindak balas global: PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyeru agar satu tindak balas diambil di peringkat global demi menangani perubahan iklim, yang disifatkan beliau sebagai "satu ancaman nyata". 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Dec 2020 06:23PM Dikemas Kini : 13 Dec 2020 08:58PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyeru agar satu tindak balas diambil di peringkat global demi menangani perubahan iklim, yang disifatkan beliau sebagai "satu ancaman nyata".

Dalam ucapannya melalui rakaman video sempena ulang tahun Perjanjian Iklim Paris yang kelima, PM Lee berkata Singapura akan memainkan peranannya bagi memenuhi komitmennya.

PM Lee turut menarik perhatian kepada pendekatan Singapura dalam usaha mengurangkan pengeluaran gas karbon.

Ini termasuk meningkatkan penjanaan kuasa suria, melabur dalam huraian penggunaan karbon rendah serta menggalakkan kaedah kewangan hijau.

PM Lee menekankan mengenai pentingnya semua pihak memainkan peranan masing-masing.

"Singapura tidak akan dapat menghentikan perubahan iklim sendirian.

"Semua negara, sama ada yang besar mahupun kecil, harus berganding bahu untuk memainkan peranan masing-masing.

"Bukan setakat perlu memenuhi apa yang sudah dipersetujui di bawah Perjanjian Paris tetapi untuk meneruskan usaha bagi mencapai sasaran iklim agar kita dapat mengurangkan risiko bencana iklim yang boleh memusnahkan dunia anak-anak kita," ujar PM Lee. 

Sumber : CNA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan