Singapura akan kerahkan penerbangan pulang kedua RSAF ke Arab Saudi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mengesahkan ia akan kerahkan penerbangan tentera kedua ke Arab Saudi untuk membawa pulang rakyat Singapura yang ingin meninggalkan Timur Tengah di tengah-tengah konflik di rantau itu.
Sebuah pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Guna (MRTT) A330 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) akan dikerahkan ke Jeddah pada Khamis (12 Mac).
Ini susulan penerbangan sebelumnya pada 10 Mac, apabila sebuah pesawat RSAF MRTT dihantar ke Riyadh untuk memindahkan rakyat Singapura.
“Sama seperti pengerahan sebelumnya pada 10 Mac, MRTT yang akan dikerahkan ke Jeddah, Arab Saudi, berfungsi semata-mata untuk menyokong operasi pemindahan,” kata Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri (MFA) dalam satu kenyataan media bersama.
MFA sudah pun menghubungi rakyat Singapura yang mendaftarkan minat mereka dan memberi maklumat lanjut.
Pesawat yang dikerahkan ke Riyadh mendarat di Lapangan Terbang Changi pada awal pagi Rabu (11 Mac), membawa 218 rakyat Singapura dan anggota keluarga mereka.
Ia adalah pesawat tentera pertama yang dihantar Singapura ke Timur Tengah untuk bawa pulang rakyatnya sejak Amerika Syarikat dan Israel menyerang Iran, mencetuskan perang yang mendorong banyak negara di rantau itu menutup ruang udara mereka.
Dalam satu catatan di Facebook, Perdana Menteri Lawrence Wong berkata pada Rabu (11 Mac) meskipun sudah mengatur beberapa penerbangan komersial untuk membawa pulang rakyat Singapura, beberapa lokasi tidak dapat diakses melalui penerbangan komersial. Itulah sebabnya RSAF A330 MRTT dikerahkan ke Riyadh.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan rakan-rakan Singapura di rantau itu atas sokongan mereka dalam memudahkan dan memastikan laluan penerbangan yang selamat.
"Kepada rakyat Singapura yang masih berada di rantau itu: kekal berwaspada, jaga satu sama lain, serta pastikan anda berdaftar secara elektronik dengan MFA supaya kami dapat hubungi anda secepatnya jika perlu," tambahnya.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.