Singapura akan hantar kontinjen terbesar dengan 72 orang ke Kejohanan Akuatik Dunia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan menghantar kontinjen terbesar dalam sejarahnya ke Kejohanan Akuatik Dunia yang dianjurkannya tahun ini, dengan sejumlah 72 atlet merentasi lima disiplin, demikian diumumkan oleh presiden Singapore Aquatics Kenneth Goh pada Rabu (2 Jul).
Tiga puluh daripada mereka bakal membuat penampilan sulung, kata Profesor Madya Goh semasa sidang akhbar di venue Arena Kejohanan Akuatik Dunia di Kallang.
"Itu sahaja sudah cukup menggambarkan bakat yang kami pupuk, dan keberanian visi kami untuk masa depan," katanya.
Beliau menambah bahawa perkara ini dibolehkan menerusi pelaburan bertahun-tahun dalam laluan pembangunan dan prasarana, serta kepercayaan terhadap atlet dan jurulatih.
Pada edisi 2023 di Fukuoka, 27 atlet mewakili Singapura dalam empat disiplin.
Kejohanan berkenaan menampilkan enam disiplin iaitu sukan renang, polo air, terjun cantik, renang artistik, renang air terbuka dan terjun tinggi. Tahun ini, Singapura tidak akan bertanding dalam acara terjun tinggi.
Pertandingan tersebut, yang akan diadakan dari 11 Julai hingga 3 Ogos, merupakan acara utama dalam kalendar SG60 sempena sambutan enam dekad kemerdekaan tahun ini.
"Kami sudah membuktikan diri sebagai kuasa besar dalam akuatik di rantau ini, secara konsisten bersaing dengan yang terbaik di Asia. Tetapi untuk menjadi yang terbaik di dunia, kita mesti mencabar diri kita sendiri melawan yang terbaik, dan kita tidak akan mengelak daripada itu," kata Profesor Madya Goh.
KELEBIHAN RUANG TEMPATAN
Para atlet berkata mereka tidak sabar untuk bersaing di hadapan penonton tempatan.
Perenang Gan Ching Hwee, yang mencipta dua rekod kebangsaan di Sukan Olimpik Paris dalam acara 800m gaya bebas dan 1500m gaya bebas, berkata "kelebihan ruang tempatan benar-benar sesuatu yang saya nantikan".
Beliau berharap kejohanan yang akan datang ini dapat memberi inspirasi kepada generasi masa depan atlet yang bercita-cita, untuk percaya pada diri sendiri dan suatu hari nanti tampil mewakili Singapura juga, terutamanya dengan Sukan Asia Tenggara yang bakal kembali ke Singapura pada tahun 2029.
"Selain itu, saya rasa kita mempunyai kelebihan kerana sudah biasa dengan persekitaran, seperti kepanasan dan kelembapan," tambah Cik Gan.
Rakan perenang Mikkel Lee berkata bahawa pemandangan wajah-wajah yang dikenali dalam kalangan penonton membuat perbezaan besar baginya semasa bersaing.
Beliau mengimbau kesunyian ketika menyertai pertandingan di ibu kota Jerman, Berlin. "Saya bersendirian, pada dasarnya. Saya tidak mempunyai sesiapa. Saya agak hilang arah sedikit," katanya.
Encik Lee menambah bahawa dengan pertandingan diadakan di Singapura kali ini, ia juga merupakan pengalaman yang berbeza baginya, kerana kini giliran beliau menjadi tuan rumah kepada rakan-rakan asing.
"Apa yang berbeza adalah biasanya saya bertanya kepada orang yang menjadi tuan rumah: 'Apa yang menarik di negara anda? Ke manakah patut saya pergi? Dan kini mereka yang akan menujukan soalan itu kepada saya," katanya.
Bagi Lee Kai Yang, kapten pasukan polo air lelaki, sokongan daripada penonton tempatan adalah sesuatu yang tiada tandingan, seperti yang diingatnya semasa membuat penampilan sulung di Singapura pada Sukan Asia Tenggara 2015.
"Sejak itu, setiap kejohanan besar lain yang saya sertai, perasaan daripada penonton tidak pernah sama. Dan saya memang menantikan perasaan itu lagi dalam kejohanan dunia di Singapura ini," katanya.
Pada Rabu, penaja pakaian rasmi pasukan Singapura TYR juga memperkenalkan pakaian pertandingan pasukan untuk kejohanan tersebut.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.