Skip to main content

Singapura

Singapore Mint lancar replika emas dan perak wang kertas S$10,000

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Apr 2022 06:18PM Dikemas Kini : 13 Apr 2022 09:28PM

SINGAPURA: Singapore Mint melancarkan replika emas dan perak wang kertas S$10,000 bagi siri Kapal dan Potret. 

Ini selepas replika wang kertas S$10,000 siri Orkid dan Burung diperkenalkan pada tahun lalu. 

Demikian menurut Singapore Mint dalam kenyataan medianya pada Rabu (13 Apr). 

Replika wang kertas cenderahati itu akan dikeluarkan dalam bentuk kerajang emas halus 999 1 gram dan juga kerajang perak halus 999 8 gram bagi setiap reka bentuk, masing-masing bernilai S$178 dan S$58. 

"Cenderahati ini adalah replika wang kertas edisi terhad," menurut Singapore Mint, sambil menambah bahawa terdapat 2,000 wang kertas dicetak bagi versi emas 1 gram, manakala 5,000 keping dicetak untuk versi perak 8 gram. 

Satu set yang menawarkan empat reka bentuk wang kertas S$10,000 daripada Siri Orkid, Burung, Kapal dan Potret juga ditawarkan dalam bentuk emas dan perak bagi para pengumpul. 

Wang kertas S$10,000 Siri Kapal pertama kali dikeluarkan pada 21 Ogos 1989, dengan gambar kapal Neptune Canopus. Wang kertas S$10,000 daripada Siri Potret pula dikeluarkan pada 9 September 1999. 

Pada 2014, Singapura berhenti mengeluarkan wang kertas S$10,000 bagi mengurangkan risiko pengubahan wang haram. 

"Wang kertas S$10,000 yang ada dalam pasaran kekal sah, menjadikannya antara wang kertas dengan nilai denominasi terbesar di dunia yang masih digunakan," menurut Singapore Mint. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita