Singapore Mint lancar medalion, kotak misteri Merlion sempena SG60
Singapore Mint pada Khamis (13 Mac) melancarkan satu koleksi istimewa sempena ulang tahun ke-60 Singapura iaitu beberapa medalion, penanda buku dan patung kecil.

Permukaan medalion koleksi SG60 meraikan masa kini dan kenangan yang membentuk warisan Singapura. (Gambar: Singapore Mint)
Koleksi SG60 itu akan dilancarkan secara berperingkat sepanjang tahun ini.
Koleksi 'Jalan Jalan Through Heritage Districts of Singapore' adalah koleksi medalion perak tulen 999 seberat 1 oz, di mana setiap satu mewakili lima kawasan bersejarah di Singapura iaitu Changi, Jurong, Tiong Bahru, Toa Payoh dan Queenstown.
"Reka bentuk muka depan medalion itu meraikan masa kini, manakala bahagian belakangnya menawarkan pemandangan nostalgik kepada masa silam, di mana ia merakam transformasi kawasan-kawasan kejiranan yang cukup menggamit kenangan," menurut Singapore Mint.
Terhad kepada 2,000 keping bagi setiap reka bentuk, medalion itu bertujuan menampilkan "kekayaan warisan kawasan kejiranan Singapura", dengan ia menampilkan mercu tanda ikonik seperti Taman Cina (Chinese Garden) dan Taman Permainan Naga di Toa Payoh.

Kebanyakan daripada medalion perak dan penanda buku bersalut emas itu boleh dibeli manakala tempahan kini dibuka untuk mendapatkan medalion Queenstown, yang dijadual dilancarkan pada September.
Setiap medalion dijual pada harga S$120, kecuali versi Queenstown, yang akan dijual pada harga S$100.
Setiap penanda buku dijual pada harga S$15.

Jongkong itu yang dijual pada harga S$120, menampilkan reka bentuk Merlion, dengan setiap jongkong mempunyai nombor siri sendiri dan ditandakan dengan 'SG60' secara ekslusif.

Kotak misteri Mr Merlion Mystery Medallion Blind Box yang berharga (S$16.90) memaparkan tiga peringkat hadiah - iaitu empat reka bentuk perak yang biasa, dua reka bentuk mawar emas yang jarang ditemui dan satu reka bentuk bersalut emas 24K yang paling sukar untuk didapatkan.
"Setiap hadiah merakam tarikan dan warisan ikonik Merlion, di mana ia menggabungkan tradisi dengan sentuhan kontemporari," menurut Singapore Mint.

Set itu memperingati pengiktirafan UNESCO pertama Singapura menerusi "Kebaya: Pengetahuan, Kemahiran, Tradisi, dan Amalan."
Set perhiasan magnet (S$70) itu menampilkan tujuh gaya kebaya tradisional, setiap satu dengan blaus dan kain kebaya yang boleh ditukar ganti.
Ia mencerminkan kesenian, warisan dan identiti, di mana ia menceritakan kisah visual sejarah sosiobudaya Asia Tenggara yang kaya, menurut Singapore Mint.
"Koleksi ini memberi pengiktirafan kepada individu yang memberi inspirasi kepada diri kita, tempat-tempat yang menggamit kenangan kita, dan budaya yang menyatukan kita," menurut Singapore Mint.
Koleksi SG60 akan ditampilkan di Pameran Syiling Antarabangsa 2025 yang berlangsung dari 21 hingga 23 Mac. Harga istimewa bagi koleksi SG60 akan ditawarkan.
Koleksi itu juga boleh didapatkan menerusi online dan di kedai Singapore Mint.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.