Skip to main content

Singapura

Singapore Mint imbangi teknologi, tradisi dalam hasilkan ukiran

Demi kekal berdaya saing, lebih banyak firma di Singapura sedang meningkatkan inovasi dan memanfaatkan teknologi baru.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Dec 2019 07:57PM Dikemas Kini : 18 Dec 2019 10:49PM

SINGAPURA: Demi kekal berdaya saing, lebih banyak firma di Singapura sedang meningkatkan inovasi dan memanfaatkan teknologi baru.

Namun, sentuhan manusia masih dikekalkan bagi proses tertentu.

Mediacorp menjenguk di balik tabir operasi Singapore Mint bagi meninjau keseimbangan antara teknologi dengan tradisi.

SENTUHAN MANUSIA SEBAHAGIAN PROSES

Encik Eng Mong Chua, 65 tahun, sudah berkhidmat dengan Singapore Mint selama lebih empat dekad.

Beliau merupakan salah seorang pengukir kanan yang ditugaskan memupuk generasi pengukir baru.

Meskipun Encik Eng melihat perubahan dalam proses mengukir dan menghasilkan duit syiling sejak sekian lama, beliau tidak bimbang robot mungkin menggantikan tugasnya.

Sebaliknya, usaha memanfaatkan teknologi, katanya, akan membantu menajamkan kemahiran dan menyempurnakan lagi hasil kerjanya.

"Kini dengan penggunaan komputer, kita boleh mencari maklumat yang kita perlukan. Ia menjadikan proses kerja lebih pantas dan lebih tepat. Saya sudah bekerja selama lebih 40 tahun, namun setiap hari saya pelajari perkara baru," kongsi Encik Eng.

Sentimen tersebut dikongsi pengarah syarikat, David Yip yang berpendapat kemahiran tangan sukar diganti dalam proses mengukir, terutama dalam menghasilkan acuan tiga dimensi.

Malah, Encik Yip berkata pasukan empat pengukir Singapore Mint mungkin salah sau yang terbesar di dunia.

Namun pihak syarikat masih giat mendakapi proses automasi seperti dalam pembersihan dan menggilap.

Singapore Mint menghasilkan duit-duit syiling bagi memperingati pelbagai acara sejak lebih 50 tahun lalu.

Sempena Tahun Baru Cina 2020, syiling memaparkan tapak-tapak warisan di Singapura juga akan dihasilkan, selain kerjasama sulung dengan syarikat Disney.

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita