Singapore Flyer gantung operasi, kesan 'isu teknikal' semasa kerja penyenggaraan
Singapore Flyer. (Gambar fail: Siti Nur Mas Lina)
SINGAPURA: Roda gergasi Singapore Flyer diarah menggantung operasinya sebagai "langkah berjaga-jaga"selepas menghadapi "isu teknikal", menurut pengendali daya tarikan itu pada Rabu (19 Jan).
Straco Leisure menyatakan isu teknikal itu dikesan semasa kerja-kerja pemeriksaan penyenggaraan rutin, namun ia tidak mendedahkan butiran pemeriksaan tersebut.
"Kami bekerja rapat dengan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) untuk menjalankan kerja-kerja pemeriksaan, pembaikan dan pembetulan yang diperlukan. Buat sementara ini, semua operasi akan terus digantung," menurut Straco Leisure dalam satu kenyataan.
Mediacorp sudah menghubungi Straco Leisure bagi maklumat tentang bila Singapore Flyer akan beroperasi semula.
Pelawat yang terjejas pergi ke laman Singapore Flyer untuk mengubah tarikh lawatan mereka. Bagi mereka yang menggunakan baucar SingaporeRediscovers atau membuat tempahan melalui pihak ketiga, mereka boleh menghubungi ejen tempahan secara langsung, menurut Straco Leisure.
Menurut syarikat itu Time Capsule, daya tarikan yang menampilkan "kisah Singapura" serta kedai dan restoran di bangunan Singapore Flyer masih dibuka.
Pada November 2019, Singapore Flyer mengantung operasinya selama empat bulan selepas menghadapi masalah melibatkan 'kabel spoke'.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.