Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapore Flyer & 22 Orchard Road antara lokasi baru pameran seni Biennale SG tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
01:05 Min
Tahun ini, orang ramai boleh mengunjungi pameran seni Biennale Singapura di tiga lokasi baru - iaitu Singapore Flyer, International Plaza dan 22 Orchard Road.
Diterbitkan : 15 Oct 2022 07:58PM Dikemas Kini : 15 Oct 2022 09:10PM
SINGAPURA: Tahun ini, orang ramai boleh mengunjungi pameran seni Biennale Singapura di tiga lokasi baru - iaitu Singapore Flyer, International Plaza dan 22 Orchard Road.

Dengan penambahan itu, pesta seni kontemporari tersebut kini akan diadakan di 13 lokasi di merata negara.

Muzium Seni Singapura di Tanjong Pagar Distripark misalnya akan menampilkan pelbagai karya seni artis-artis tempatan serta mereka yang berasal dari negara-negara lain di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah.

Antara yang didapati di lokasi tersebut termasuk pemasangan media campuran bertajuk "Hut of an Angel" oleh seorang artis dari Kemboja.

Ia menunjukkan kesan perubahan ekonomi dan sosial di Kemboja.

Semasa berucap di majlis perasmiannya, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata Biennale Singapura memainkan peranan penting dalam memastikan sekitaran seni di negara ini kekal bertenaga.

Biennale Singapura akan bermula esok (16 Okt).
Sumber : CNA/AI/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan