Singapore Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Raydza Rahman)
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) menyambung semula penerbangan ke Lapangan Terbang Heathrow selepas ia dibuka semula pada Sabtu (22 Mac).
Penerbangan Singapore Airlines pertama dari Lapangan Terbang Changi ke Heathrow pada Sabtu (22 Mac) adalah pesawat SQ308, yang berlepas pada pukul 9.00 pagi.
Pesawat SQ318, SQ322 dan SQ312 dijadual untuk berlepas ke Heathrow pada Sabtu.
Dua penerbangan dari Heathrow ke Singapura, iaitu SQ305 and SQ317, dibatalkan.
Namun, beberapa penerbangan Singapore Airlines dari London pada Sabtu tetap diteruskan mengikut jadual, menurut laman Lapangan Terbang Heathrow.

Seorang jurucakap lapangan terbang berkata tidak lama selepas pukul 4.00 petang GMT bahawa lapangan terbang itu "kini boleh mengendalikan beberapa penerbangan dengan selamat hari ini".
"Penerbangan pertama kami adalah untuk memindahkan pesawat dan membawa pesawat kembali ke London," kata jurucakap itu.
"Kami berharap dapat beroperasi sepenuhnya esok (Sabtu)."
Lapangan terbang itu sepatutnya mengendalikan 1,351 penerbangan pada Jumaat, serta 291,000 penumpang.
Namun, beberapa pesawat dilencongkan ke lapangan terbang lain di Britain dan seluruh Eropah, manakala kebanyakan penerbangan jarak jauh kembali ke tempat berlepas.
Ini termasuk penerbangan SQ308, yang dalam perjalanan ke London apabila ia diarah pulang ke Lapangan Terbang Changi.
Menurut data dari perkhidmatan penjejakan penerbangan online Flightradar24, penerbangan itu berlepas pada kira-kira pukul 9.42 pagi dan berpusing balik di perairan Bangladesh sebelum mendarat pada kira-kira pukul 4.23 petang.
Sementara itu, SQ322 dilencong ke Lapangan Terbang Frankfurt di Jerman dan SQ306 dilencong ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris.
Sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp pada Sabtu, jurucakap SIA berkata perkhidmatan bas disediakan untuk membawa penumpang yang terjejas dari Frankfurt dan Paris ke London.
"Singapore Airlines sedang menghulurkan semua bantuan sewajarnya kepada para penumpang yang terjejas," kata jurucakap itu.
"Ini mungkin termasuk menyediakan penginapan hotel atau menempah penerbangan alternatif untuk mereka, sewajarnya."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.