Singapore Airlines larang tulang-tulang singa dalam kargo
Singapore Airlines pada Jumaat (21 Sep) menyatakan bahawa ia sudah berhenti menerima tulang-tulang singa yang diletakkan dalam kargo setelah ia disenaraikan dalam satu laporan kerana menghantar bahagian-bahagian haiwan dari Afrika Selatan.
(Gambar: Greg Baker/AFP)
SINGAPURA: Singapore Airlines pada Jumaat (21 Sep) menyatakan bahawa ia sudah berhenti menerima tulang-tulang singa yang diletakkan dalam kargo setelah ia disenaraikan dalam satu laporan kerana menghantar bahagian-bahagian haiwan dari Afrika Selatan.
Para aktivis sudah lama meminta agar perdagangan tulang-tulang singa yang penuh kontroversi itu dilarang setelah ia mendapat permintaan tinggi sebagai ubat dan barang kemas di Asia Tenggara.
Singapore Airlines adalah satu-satunya pesawat yang mengimport tulang-tulang singa dari Afrika Selatan ke Asia Tenggara, menurut laporan yang dikeluarkan pada Julai oleh sebuah yayasan bukan untung EMS dan kumpulan hak asasi haiwan Ban Animal Trading.
Tulang bagi sekurang-kurangnya 800 ekor singa sudah dieksport atas keizinan pemerintah Afrika Selatan pada 2017, menurut laporan itu, sekali gus menjadi pengeksport tulang-tulang singa terbesar di dunia.
Pesawat itu memberitahu AFP bahawa ia sudah berhenti menerima tulang-tulang singa dalam kargo, tetapi tidak memaklumkan bila dasar tersebut dikuatkuasakan.
"Singapore Airlines tidak lagi menerima tulang-tulang singa yang diletakkan dalam kargo berikutan satu semak semula yang mengambil kira keprihatinan yang semakin meningkat di dunia," menurut syarikat itu dalam satu emel.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.