Singapore Airlines catat laba S$2.8 bilion; kakitangan bakal terima bonus 7.45 bulan
Anggaran Waktu Membaca:

Pesawat Singapore Airlines di landasan Lapangan Terbang Changi, Singapura. (Gambar fail: Reuters/Caroline Chia)
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) melaporkan laba bersih tahunan yang mencecah paras rekod pada Khamis (15 Mei), dirangsang oleh keuntungan sekali sahaja daripada penggabungan Air India dan Vistara.
Namun, ia juga mengurangkan harga tiket penerbangannya untuk menangani persaingan yang bertambah sengit, yang menjejas hasil keuntungannya.
Syarikat penerbangan Singapura itu melaporkan keuntungan bersih sebanyak S$2.78 bilion bagi tahun yang berakhir pada 31 Mac, berbanding S$2.68 bilion setahun sebelumnya.
SIA Group meraih keuntungan sekali sahaja sebanyak kira-kira S$1.1 bilion selepas ia memperoleh 49 peratus hak milik Vistara daripada Air India pada November lalu.
Keuntungan operasinya bagaimanapun menjunam 37 peratus kepada S$1.71 berbanding tahun sebelumnya; sedang jumlah penumpangnya turun 5.5 peratus berikutan persaingan sengit daripada jumlah syarikat penerbangan yang semakin meningkat di merata dunia.
Pekerja juga akan diberi bonus perkongsian untung sebanyak 7.45 bulan.
"Ini berdasarkan formula lama yang dipersetujui dengan kesatuan kakitangan kami," menurut SIA semasa membalas pertanyaan Mediacorp.
Pada tahun kewangan sebelumnya, SIA memberikan pekerjanya bonus perkongsian untung sebanyak 7.94 bulan, iaitu yang tertinggi dalam sejarah syarikat penerbangan itu.
Walaupun syarikat penerbangan itu memegang rekod paling ramai penumpang setiap tahun dan menyifatkan permintaannya sebagai memberangsangkan, jumlah syarikat penerbangan yang bertambah mendorong harga tiket untuk diturunkan.
Harga bahan api dan perbelanjaan turut meningkat, lantas mengurangkan keuntungannya.
Menyusuli amaran daripada syarikat penerbangan lain di seluruh dunia, SIA menyatakan tarif yang dikuatkuasakan Amerika Syarikat mungkin menjejaskan keyakinan pengguna dan perniagaan serta menjejas pasaran penumpang dan kargo.
Hasil keuntungan tahunan kargo syarikat itu meningkat 4.4 peratus berikutan permintaan e-dagang dan bahan mentah, serta gangguan terhadap perkapalan di Laut Merah.
Sungguhpun begitu, keuntungan penghantaran SIA jatuh 7.8 peratus disebabkan persaingan yang bertambah sengit.
Syarikat penerbangan utama Asia, Cathay Pacific, menyatakan permintaan kargo udara antara China dengan Amerika Syarikat dijangka berkurangan.
SIA mengisytiharkan dividen hujung tahun sebanyak 30 sen Singapura bagi setiap saham, lebih rendah daripada 38 sen Singapura yang diisytiharkan setahun sebelumnya.
Penggabungan Air India-Vistara, yang dimuktamadkan pada 12 Nov tahun lalu, memberikan SIA 25.1 peratus kepentingan dalam Air India, sekali gus membolehkannya untuk "bersaing secara langsung dengan pasaran penerbangan India yang berkembang pesat", kata SIA.
Mengenai prospek industri, SIA menyatakan industri penerbangan global berdepan "sekitaran operasi yang mencabar di tengah-tengah perubahan dasar tarif dan ketegangan perdagangan, ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik serta kekangan rantaian bekalan yang berterusan".
Kumpulan itu menyatakan ia akan kekal berwaspada dan memantau perkembangan dengan teliti supaya ia dapat bertindak balas dengan pantas kepada keadaan pasaran.
Ia juga menarik perhatian bahawa peralihan dalam aliran penumpang dan perdagangan global mungkin mewujudkan peluang baharu bagi kumpulan itu disebabkan "rangkaian penumpang dan kargo global yang dipelbagaikan dengan baik".
"Sedang keadaan global kekal bergelora, SIA berada di kedudukan yang kukuh untuk memberi tumpuan kepada keuntungan, sambil mengejar peluang pertumbuhan dan memberi jaminan nilai jangka panjang kepada para pemegang saham."

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.