Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singa kelima Taman Haiwan S'pura diuji positif COVID-19

Seekor singa Afrika di Taman Haiwan Singapura diuji positif COVID-19 setelah menunjukkan simptom-simptom dijangkiti koronavirus, menurut pihak berkuasa pada Rabu (10 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Singa kelima Taman Haiwan S'pura diuji positif COVID-19

(Gambar: Facebook/Mandai Wildlife Reserve)

Diterbitkan : 10 Nov 2021 09:59PM Dikemas Kini : 10 Nov 2021 10:00PM

SINGAPURA: Seekor singa Afrika di Taman Haiwan Singapura diuji positif COVID-19 setelah menunjukkan simptom-simptom dijangkiti koronavirus, menurut pihak berkuasa pada Rabu (10 Nov).

Semalam (9 Nov), empat ekor singa Asia di Night Safari dijangkiti koronavirus.

"Sampel najis yang diambil dari singa Afrika di Taman Haiwan Singapura menunjukkan tanda-tanda jangkitan pada 8 November dan diuji positif virus SARS-CoV-2 melalui ujian PCR," menurut Lembaga Taman Negara (NParks) dan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS).

Sembilan singa Asia di Night Safari dan lima singa Afrika di Taman Haiwan Singapura sudah diasingkan, termasuk lima ekor yang sudah terjangkit COVID-19.

"Kesemua singa diasingkan dalam kandang masing-masing," menurut NParks dan AVS.

"Kami akan terus bekerjasama dengan Mandai Wildlife Group untuk memantau kesihatan kesemua singa itu dengan teliti dan ia termasuk menguji sampel najis bagi virus SARS-CoV-2."

Menurut Pertubuhan Sedunia bagi Kesihatan Haiwan (OIE), tiada bukti yang menunjukkan buat masa ini bahawa haiwan memainkan peranan merebakkan penularan COVID-19 kepada manusia, menurut pihak berkuasa.

Sungguhpun demikian, OIE menarik perhatian bahawa "sekali-sekala" terdapat laporan di mana haiwan-haiwan diuji positif jangkitan virus itu di negara-negara lain kerana berada dekat dengan individu yang dijangkiti COVID-19.

Empat ekor singa Asia di Night Safari diuji positif setelah terdedah kepada kakitangan Mandai Wildlife Group yang terjangkit.

Haiwan-haiwan itu mula mengalami simptom ringan seperti batuk, bersin dan kelesuan pada Sabtu, justeru mendorong pihak berkuasa untuk menjalankan ujian COVID-19.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan