Skip to main content

Singapura

Sindiket penipuan dikaitkan dengan kerugian S$51 juta, jual akaun sembang kepada penjenayah; pembiaya dipenjara

Anggaran Waktu Membaca:
Sindiket penipuan dikaitkan dengan kerugian S$51 juta, jual akaun sembang kepada penjenayah; pembiaya dipenjara

Mahkamah Negara (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 14 Jul 2026 06:33PM
SINGAPURA: Seorang lelaki yang 'melaburkan' S$40,000 bagi membiayai operasi sebuah sindiket yang menjual akaun aplikasi sembang kepada pelanggan, termasuk penjenayah, dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan didenda S$52,000 pada Selasa (14 Jul).

Ronnie Low, 50 tahun, warga Singapura, turut menerima lebih S$92,600 hasil daripada kegiatan haram tersebut.

Jika gagal membayar denda berkenaan, Low perlu menjalani hukuman penjara tambahan selama lima bulan.

Mahkamah diberitahu, apabila polis menyerbu ibu pejabat sindiket itu di sebuah ruang pejabat kosong di atas bengkel membaiki kereta, sebanyak 24,000 kad SIM dirampas.

Kad-kad SIM tersebut dikaitkan dengan hampir 2,400 laporan polis yang dibuat oleh mangsa penipuan.

Para mangsa dilaporkan mengalami kerugian keseluruhan sekitar S$51 juta akibat pelbagai jenis penipuan, termasuk penipuan tawaran pekerjaan, penipuan pelaburan dan penyamaran sebagai pegawai pemerintah.

Low mengaku bersalah atas tiga tuduhan, termasuk menjadi anggota kumpulan jenayah terancang serta bersubahat dalam konspirasi jenayah untuk memperolehi manfaat daripada hasil kegiatan jenayah.

Dua lagi tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Bagi kesalahan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang yang berpangkalan di Singapura, Low berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda sehingga S$100,000, atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan bersubahat dalam konspirasi jenayah untuk memperolehi manfaat daripada hasil kegiatan jenayah, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun serta denda sehingga S$500,000.
Sumber : CNA/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita