Simulasi antipengganasan pertama di Pulau Ubin
Satu latihan simulasi anti-pengganasan dijalankan buat pertama kalinya di Pulau Ubin.
SINGAPURA: Satu latihan simulasi anti-pengganasan dijalankan buat pertama kalinya di Pulau Ubin.
Ia adalah sebahagian daripada Hari Keselamatan pulau itu.
Semasa latihan tersebut, satu simulasi serangan tembakan diadakan dengan para pegawai Pasukan Polis Pengawal Pantai Singapura, Pasukan Pertahanan Awam Singapura dan para relawan yang memberikan respons kepada keadaan itu.
Inisiatif itu sebagai menyokong gerakan keselamatan negara SGSecure yang bertujuan melatih masyarakat membantu mencegah dan menangani serangan ganas.
Ia juga adalah sebahagian daripada usaha Home Team, melibatkan masyarakat untuk meningkatkan keselamatan buat para penduduk Pulau Ubin.
"Kita boleh memainkan peranan dengan waspada terhadap kegiatan mencurigakan dan melaporkan mereka kepada pihak berkuasa dengan serta merta. Kegiatan yang mencurigakan termasuk tanda-tanda radikalisasi yang ada pada mereka di sekeliling anda seperti membaca bahan-bahan radikal online atau meluahkan sokongan kepada perjuangan pengganas," kata Menteri Negara Kanan Pertahanan & Ehwal Luar, Dr Maliki Osman.
Pasukan Keselamatan Pulau Ubin juga berkongsi panduan dengan penduduk dan pengunjung ke pulau itu tentang pencegahan jenayah dan keselamatan kebakaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.