Simposium Haji Antarabangsa perkukuh penyelarasan, persiapan jemaah Singapura: Dr Faishal Ibrahim
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim)
JEDDAH: Simposium Haji Antarabangsa di Jeddah menjadi platform penting bagi Singapura memperkukuh penyelarasan, berkongsi pengalaman serta menerima perkembangan terkini secara langsung daripada pihak berkuasa Arab Saudi menjelang musim Haji tahun ini.
Demikian menurut Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang juga Ketua Delegasi Haji Singapura, Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam satu catatan di Instagramnya, selepas menghadiri simposium anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MOHU) pada Rabu (20 Mei).
"Bagi Singapura, pertukaran pandangan dan maklumat ini amat penting. Ia membolehkan kami menerima perkembangan terkini secara langsung daripada pihak berkuasa Arab Saudi, berkongsi pengalaman bersama delegasi lain, dan mengukuhkan koordinasi dengan rakan kongsi kami di sini," kata Dr Faishal.
Simposium tersebut menghimpunkan para menteri, ketua delegasi Haji, ilmuwan dan pakar dari seluruh dunia bagi membincangkan persiapan ibadah Haji serta keperluan para jemaah.
Dr Faishal turut menekankan bahawa ibadah Haji memerlukan persiapan rapi bukan sahaja daripada jemaah, malah pasukan yang menyokong mereka sepanjang perjalanan tersebut.
Tambahnya lagi, beliau akan terus bekerjasama rapat dengan MUIS, Pejabat Hal Ehwal Jemaah Singapura (SPAO), pasukan perubatan, ejen pelancongan serta pihak berkuasa Arab Saudi bagi terus mempertingkat aturan dan sokongan untuk jemaah Singapura sepanjang musim Haji ini.
Kesemua para jemaah Singapura sudah tiba di Makkah pada Selasa (19 Mei).
Mereka sudah mendaftar masuk ke hotel masing-masing di Aziziyah, Shisha dan Makkah sebelum menunaikan umrah serta meneruskan persiapan bagi ibadah Haji.
Seramai 900 jemaah Singapura menunaikan Haji tahun ini.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.