Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SimplyIslam agih 500 pek habuan Ramadan, anjur majlis iftar untuk penderma dan sukarelawan

Semangat memberi terus dihidupkan Ramadan ini. Sebuah lagi badan yang menyebarkan rahmat dalam bulan ini ialah badan pendidikan SimplyIslam yang mengagihkan 500 pek habuan kepada keluarga dan individu memerlukan.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semangat memberi terus dihidupkan Ramadan ini.

Sebuah lagi badan yang menyebarkan rahmat dalam bulan ini ialah badan pendidikan SimplyIslam yang mengagihkan 500 pek habuan kepada keluarga dan individu memerlukan.

Sejak Khamis (28 Mac), ratusan relawan dan rakan-rakan kerjasamanya telah bertungkus lumus untuk menyiapkan 500 pek habuan 'Ramadan Charity Basket' untuk diagih-agihkan.

Setiap pek itu berisi barang keperluan dapur termasuk beras serta wang tunai untuk Ramadan dan Syawal berjumlah S$250 kesemuanya.

Pek-pek tersebut sudahpun diagihkan kepada golongan memerlukan yang tinggal di kawasan Marine Parade, Pasir Ris dan Sembawang.

"Tahun ini kita telah menerima jumlah yang tertinggi dalam permohonan dalam 'Ramadan Charity Basket'. Ini adalah kerana bantuan ini datang daripada lelaman Facebook SimplyIslam dan juga melalui talian. SimplyIslam akan meneliti semula proses perkhidmatan pentadbiran kita dan juga meningkatkan lagi cara-cara kita membantu. Ini adalah penting untuk kita teruskan usaha murni ini di tahun-tahun akan datang di samping dengan sokongan daripada masyarakat," kata Ketua Pegawai Operasi, SimplyIslam Harmizan Abdul Hamid kepada BERITA Mediacorp.

PUPUK SEMANGAT IHSAN; KEMASYARAKATAN ANTARA KAUM DENGAN BUKA PUASA

Semalam (Ahad, 31 Mac), ia meraikan anggota masyarakat, penderma dan sukarelawan yang telah menyumbang kepada inisiatif 'Ramadan Charity Basket' kelolaannya dalam satu majlis iftar di bangunannya di Still Road.

Acara itu disertai juga Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong dan para anggota Harmony Circle kawasan Joo Chiat yang berbilang kaum.

Encik Tong memuji usaha SimplyIslam yang memaparkan semangat Ramadan melalui tindakan ihsan, kebaikan, kemurahan hati dan empati.

"Lebih penting daripada hanya bersedekah ialah semangat menyatukan rakyat. Mempunyai orang ramai memahami amalan umat Islam semasa Ramadan dan meningkatkan kesedaran dalam masyarakat kita. Kemudian berkongsi semangat itu dengan masyarakat di sekeliling. Membenarkan orang yang bukan Islam memahami dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang berkaitan dengan Ramadan dan saya rasa itu sangat istimewa. Saya berharap untuk melihatnya berterusan," kata Encik Tong yang juga Menteri Kedua Undang-Undang.

Seramai 5,000 keluarga menjadi penerima Ramadan Charity Basket SimplyIslam sejak ia dimulakan pada 2007.
Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan