Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Simpanan bank darah di SG kekal rendah

Anggaran Waktu Membaca:
Simpanan bank darah di SG kekal rendah

(Gambar fail: Nuria Ling/TODAY)

SINGAPURA: Sempena musim perayaan Krismas kali ini, bank-bank darah dibanjiri para penderma yang bertekad untuk menyelamatkan nyawa.

Namun simpanan bank darah dilaporkan tetap rendah dengan trend pendermaan susut 20 peratus akibat ramai yang ke luar negara.

Tetapi di bank darah di Outram itu, keadaan penuh dengan campuran para penderma kali pertama dan mereka sering berbuat demikian.

Bank-bank darah di Singapura sekarang kekurangan darah jenis
A+ AB+ O+ dan O-.

Simpanan darah lazimnya digunakan sewaktu kecemasan dan untuk meneruskan kehidupan para pesakit leukemia atau masalah darah yang lain.

Satu beg darah selalunya dikumpulkan dari seorang penderma setiap kali lawatan dibuat.

Tetapi setiap beg darah boleh menyelamatkan tiga nyawa dan setiap jam, 15 unit darah digunakan di Singapura.

Menurut Persatuan Palang Merah Singapura, mereka yang merancang untuk ke luar negara harus menderma darah dahulu.

Mereka yang berminat boleh memeriksa laman Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan membuat janji temu untuk proses pendermaan darah yang lancar.
 
Sumber : CNA/AZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan