Skip to main content

Singapura

Sim Lim Square lanjutkan tarikh akhir tender en bloc

Hab teknologi Sim Lim Square melanjutkan tarikh akhirnya bagi tender penjualan secara berkelompok untuk sebulan lagi bagi memberi lebih masa kepada para bakal pembida untuk menimbangkan kemungkinan menukar tapak komersil itu kepada sebuah hotel.

Anggaran Waktu Membaca:
Sim Lim Square lanjutkan tarikh akhir tender en bloc

Gambar fail. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 25 Jun 2019 11:26AM Dikemas Kini : 25 Jun 2019 11:31AM

SINGAPURA: Hab teknologi Sim Lim Square melanjutkan tarikh akhirnya bagi tender penjualan secara berkelompok untuk sebulan lagi bagi memberi lebih masa kepada para bakal pembida untuk menimbangkan kemungkinan menukar tapak komersil itu kepada sebuah hotel, kata ejen pasaran hartanah SLP International kepada Mediacorp pada Isnin (24 Jun).

Tender tersebut, yang sepatutnya ditutup pada Isnin, kini akan ditutup pada jam 3.00 petang pada 22 Jul.

Di bawah Draf Pelan Induk 2019 Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), tapak seluas 7,260 meter persegi itu diperuntukkan untuk penggunaan komersil.

Encik Francis Tan, yang merupakan ketua projek di SLP berkata bahawa pihak-pihak berminat "sudah menghubungi pihaknya sejak beberapa minggu lalu, untuk meninjau kemungkinan mengubah keseluruhan ruang tersebut kepada projek pembangunan bercampur atau hotel".

Malah banyak projek pembangunan sederet Sim Lim Square di Rochor Canal Road sudah diubah untuk penggunaan hotel.

"Mereka memerlukan lebih masa kerana ia adalah proses rumit yang melibatkan pelbagai pihak", menurut Encik Tan.

Bagi menukar penggunaan tapak-tapak sedemikian, para pemaju perlu menghantar permohonan kepada URA, menjelaskan bagaimana mereka merancang menggunakannya.

Ia mengambil masa sekitar 20 hari bekerja untuk memproses permohonan-permohonan itu. Mediacorp difahamkan ia dinilai berdasarkan kriteria seperti kesan terhadap infrastruktur sekeliling.

Bagaimanapun, para penganalis berkata bahawa usaha yang diperlukan untuk menukar penggunaan tapak itu mungkin berbaloi, kerana pembangunan bercampur di kawasan itu lebih strategik berbanding sebuah projek komersil. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita