Sim Lim Square, IKEA Jurong antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit
Tempat-tempat lain termasuk salun dandanan rambut EC House All Range Cuts di West Mall dan Snip Avenue di Bukit Batok Street 11.
Sim Lim Square, IKEA Jurong di JEM dan Woodlands Civic Centre. (Gambar: Google Street View/IKEA Singapore)
SINGAPURA: Sim Lim Square dan IKEA Jurong di JEM pada Ahad (23 Mei) dimasukkan ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit mereka.
Perpustakaan Daerah Woodlands yang terletak di Pusat Sivik Woodlands dan Perpustakaan Daerah Jurong juga dimasukkan ke dalam senarai tersebut, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Tempat-tempat lain termasuk salun dandanan rambut EC House All Range Cuts di West Mall dan Snip Avenue di Bukit Batok Street 11.
Senarai tempat-tempat baru itu seperti berikut:
Senarai itu tidak termasuk kediaman, tempat kerja, kemudahan khidmat jagaan kesihatan dan pengangkutan awam.
Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes COVID-19 sudahpun dimaklumkan oleh MOH.
Sebagai langkah berjaga-jaga, individu-individu yang berada di tempat-tempat tersebut perlu memantau kesihatan mereka untuk 14 hari dari tarikh kunjungan mereka.
"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mengalami tanda-tanda jangkitan pernafasan akut seperti batuk, sakit tekak dan selesema serta demam dan hilang deria rasa atau bau. Maklumkan juga kepada doktor tentang sejarah pendedahan mereka kepada virus," menurut MOH.
Orang ramai tidak perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat tersebut, tambah MOH.
"Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan membantu pihak pengurusan premis-premis terjejas untuk menyediakan garis panduan tentang kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman." menurut MOH lagi.
Singapura melaporkan 21 kes baru COVID-19 dalam masyarakat pada Ahad, termasuk tiga kes yang tiada kaitan dengan mana-mana kes sebelum ini.
Para penduduk di dua blok HDB di Hougang dan Pasir Ris sudah menjalani ujian COVID-19 pada hujung minggu selepas kes-kes dikesan dalam beberapa isi rumah yang tinggal di blok-blok di sana.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.